Friday, April 11, 2014

China Mula Buat Onar Selepas Tragedi Kehilangan Pesawat MH370


China menanggguhkan penghantaran sepasang beruang panda ke Malaysia yang dijadualkan pada minggu depan, kata Menterinya Datuk Seri G Palanivel.

Kedua-dua negara itu bersetuju pada 2012 bahawa China akan menghantar sepasang panda untuk ditempatkan di Malaysia selama 10 tahun.

Mereka (China) sedang menunggu keputusan MH370. Mereka akan lewatkan penghantaran beruang itu dan mereka mungkin hantar pada lewat Mei," katanya.

Beliau berkata, China dan Malaysia bersetuju bahawa beruang panda itu akan tiba "pada tarikh yang signifikan pada Mei nanti".

Tarikh 31 Mei adalah ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.

Panda dikenali dengan nama Feng Yi (Phoenix) dan Fu Wa (Lucky) yang dilahirkan pada 23 Ogos 2003 itu antara lapan panda yang mendapat perhatian ramai dan turut menyerikan Olimpik Beijing 2008.

4 comments:

  1. .. elok ler tangguhkan hantar panda tu ka Malaysia.. dalam keadaan sekarang, itu adalah keputusan yang baik untuk kedua dua belah pihak.... panda tu binatang sensitif.. nanti kalau ada yang bagi gramoxone kan ker bertambah keruh keadaan, udah ler lepas mh370 ada pulak tukang colek orang buat onar.. semenjak keputusan mahkamah baru baru ini macam macam ada... sah ada yang rancang nak huru harakan hubungan Malaysia-Cina, .. sah ada dendam 40 tahun nak di bayar... macainya pun ramai disini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patung lilin terbakar, MH370, overdose dadah, penculikan pelancong, ini semua sabotaj. Siapa lagi dalangnya kalau bukan pengkhianat tu...

      Delete
  2. kalau matilah panda tu kat Malaysia nanti apa agaknya yg akan terjadi pulak ye? yg hilang dlm kes MH370 dah tentu hilang, kerajaan pun tak dapat nak buat kepastian, hidup atau mati, ini nak tambah satu benda lagi ... ehm entahlah, pelik pelik, mcm saja2 nak cari nahas ...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.