Tuesday, April 29, 2014

Curi Jering Nilai RM8 Berdepan Hukuman 7 Tahun Penjara, Meliwat Cuma Kena 5 Tahun Sahaja


Seorang buruh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, atas dakwaan mencuri sekarung buah jering di sebuah kebun di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, di sini, pada Mac lalu.

Berbeza dengan Anwar Ibrahim yang disahkan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful cuma kena 5 penjara sahaja. Itu pun Anwar tidak puashati dengan mengangkut  anak muda terutamanya pelajar universiti yang baru mengenal erti ceramah politik berdemo dijalanraya demi mempertahankan perbuatannya.

Abd Saad Mad Nor, 36, dari Batu 10 1/2 Sungai Udang, di sini, bagaimanapun tidak mengaku bersalah di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif selepas pertuduhan dibacakan.

Tertuduh didakwa mencuri sekarung buah jering bernilai RM8 milik Mazlan Abd Kadir di sebuah kebun di Batu 11 1/2, Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, jam 3.15 petang pada 25 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Shazwani Ishak membantah jaminan ditawarkan kepada tertuduh, namun menyerahkan kepada kebijaksanaan mahkamah bagi menentukan jaminan yang ditawarkan.

8 comments:

  1. Dunia2. Antara 2 darjat.

    ReplyDelete
  2. Curi jering dalam kebun memang bersalah. Tapi kalau pencuri tu memang pemalas kerja dan selalu kebas harta orang maka kena hukum tu memang berbalui. Penjara 7 tahun tu terlalu berat. Kalau setakat jering sekarung tu kena tinggal dalam penjara 3 bulan pun dah serit penyangak tu. Eloklah mahkamah pertimbangkan secara lebih bertimbangrasa dalam hal ini.

    ReplyDelete
  3. Jikalaulah Anwar yang curi jering tu amacam... tentunya lepas selepas berunding di luar mahkamah.. setuju dengan anon 3.29pm: Antara Dua Darjat....

    ReplyDelete
  4. Dia belum dihukum lagi kesalahan mencuri di bawah sek 379 kanun keseksaan memang maksimum boleh dipenjara SEHINGGA tujuh tahun atau boleh juga didenda. Terpulang kpd mahkamah. Apa kena mengena dgn darjat ?

    ReplyDelete
  5. Sekira nya dia pesalah pertama atau di bawah umur (juvana) boleh juga diperentah oleh mahkxmah berkelakuan baek. Mahkamah akan menimbangkan fakta kes secara maksimum.

    ReplyDelete
  6. Al juburi dihukum dibawah sek 377A kanun keseksaan yg membawa hukuman boleh dipenjara sehingga tiga puloh tahun dan boleh dikenakan sebat. Tetapi kerana dia seorang tua bangka lebeh lima puloh thn dia tidak kena sebat. Biarlah mahkamah yg arif.

    ReplyDelete
  7. Di dlm kes anwar al juburi pehak pendakwaraya telah memfailkan notis rayuan di mah persekutuan kerana tidak berpuas hati atas hukuman lima tahun penjara itu kerana tidak setimpal.
    Sama2 kita tunggu keputusannya nanti.

    ReplyDelete
  8. Kita tunggu ulasan dari Makcik Sambal Belacan dulu baru kita buat ulasan dan kesimpulan....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.