Friday, April 25, 2014

Dah 4 tahun DHPP Ditubuhkan Baru Sekarang Nak bagi Penerangan Tentang Hudud



Tahniah Pas berjaya memecah tradisi dengan secara  rasmi mengumumkan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada 23 Mei 2010.

Malangnya selama 4 tahun ahli DHPP tidak pernah ditarbiah oleh pemimpin Pas berkenaan Islam sehinggakan mereka meroyan teruk apabila Pas baru sahaja buka mulut hendak laksanakan Hudud.

Selama ini DHPP diajar bagaimana nak 'membunuh' politik orang Melayu/Islam yang tidak menyokong Pas. Jika dilihat dalam setiap ceramah  politik yang dianjurkan oleh Pas wakil DHPP akan berceramah mengajak orang Melayu jangan mengundi Umno...itu sahaja.


Apabila Pas buka mulut nak laksanakan Islam baru tahu sebenarnya DHPP sertai pas tidak ikhlas, mereka sertai Pas hanya untuk mengganggu orang Melayu/Islam supaya jangan bersatu.

Ini memberi kelebihan kepada parti cauvinis DAP.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.