Sunday, April 13, 2014

DAP Kata RM25 JUTA Untuk Panda Hilang Akal Tapi Bagaimana RM100 Juta Untuk Babi


Dalam minggu ini, DAP secara tidak henti-henti menghina usaha kerajaan Malaysia dalam membina hubungan diplomatik dengan negara China kerana menerima binatang Panda yang disewakan untuk diletakkan di Malaysia dengan kos prasarana serta kos penjagaan pakar dari China bernilai RM25 juta. DAP melihat usaha kerajaan dalam membina hubungan kukuh diplomatik perlu dimusnah serta digagalkan.

Kos prasarana panda RM25 juta serta kos penjagaan pakar sebenarnya ditanggung terus oleh syarikat ke dua-dua negara yang terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan. Dan kos RM25 juta itu adalah 'fixed' selama 10 tahun.

Persoalan kini, apa faedah projek babi RM100 juta yang didirikan di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat, Sepang.


Projek babi RM100 juta yang terbesar di Asia itu telah memberi kesan negatif dimana penduduk kampung Tumbuk, Sepang terpaksa menutup hidung kerana tidak tahan bau busuk sisa najis babi yang dibuang terus melalui pembetung ke Pantai Morib. Sisa kumbahan itu telah mengancam industri dan projek pelancongan di pesisiran pantai sekitar Sepang.

Tambahan pula projek babi RM100 juta yang terbesar di Asia itu sengaja di pilih utk di bina di kawasan penduduk majoriti kampung Melayu. Ini secara tidak langsung niat DAP mahu orang Melayu berpindah dari kawasan tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.