Friday, April 4, 2014

Empat 'Orang Dalam' Bantu Penculikan Di Singamata Resort Ditahan Polis


Polis Sabah menahan empat individu yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penculikan di Singamat Reef Resort di Semporna.

Mereka merupakan 'orang dalam' yang membantu dalam insiden penculikan warga china dan Filipina di Resort tersebut dua hari lalu.

Berikutan kejadian itu, saksi memberitahu polis bahawa mereka melihat tiga lelaki bersenjata memasuki resort tersebut manakala empat lagi menunggu dalam sebuah bot kayu di bawah dek.

Polis percaya tujuh lelaki bersenjata yang dipercayai anggota sebuah kumpulan dari selatan Filipina yang melakukan kegiatan culik untuk mendapatkan wang tebusan, melarikan kedua-dua mangsa ke perairan antarabangsa dan kini berada di Filipina.

Seorang warga China, Gao Huayuan, 29, dan seorang pekerja resort, Marcy Darawan @ Mimi, 40, diculik dari resort tersebut kira-kira pukul 10.30 malam, Rabu lalu.

1 comments:

Anonymous said...

Mahpos omar tak ofer diri tukar jadi tebusan ke? Hebat menyalak mcm hanjing nak salah kan kerajaan tiap masa..

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.