Wednesday, April 9, 2014

Hakim Mahkamah Syariah Sendiri Yang Berkalwat


Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Adam Tumiran 47, dan pasangannya Nurul Izani Isa 37, diperintahkan untuk membela diri bagi pertuduhan khalwat. Perintah dikeluarkan hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Zaim Mat Yudin selepas meneliti fakta kes dan mendapati wujud kes prima facie. Kedua-dua tertuduh dibenarkan ikat jamin RM1,000.

Mereka kemudian berjalan beriringan menuju ke kamar mahkamah, namun Adam didapati berang dan mengugut petugas media yang bertindak merakamkan gambarnya bersama pasangannya Nurul Izani.

Terdahulu, pasangan itu dituduh berkhalwat di rumah bernombor 18B, Kuarters Kerajaan Negeri, Jalan Masjid Negeri dekat sini pada jam 2.05 pagi pada 5 Disember 2010.

Adam dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Pulau Pinang manakala Nurul Izani di tuduh mengikut Seksyen 27 (b) enakmen sama yang mana bagi kedua-dua seksyen itu memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya

Bagaimana cara pengadilan perbicaraan ini apabila rakan sendiri yang mengadili kes ini. Apakah ada berlaku ketidakadilan dalam prosiding ini?

1 comment:

  1. manusia dalam dunia ini tetap bersalah kecuali para nabi dan rasul yang Allah telah peliharakan dari berbuat dosa. cuma dosa rakyat bawahan hanya perlu memohon ampun . tetapi dosa golongan pemegang amanah rakyat ( top division) itu ada bezanya. kena mohon ampunan Allah dan kena lepaskan jawatan disandang. disini juga timbul kesalahan media kerana... berita ini disiar sebelum kes dibicarakan. seeloknya berita begini disiar selepas keputusan mahkamah diketahwi.... mana tau pasangan tu dah kawin cara sembunyi2....kan timbul masaalah yang tak elok pula.....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.