Sunday, April 20, 2014

Harakah Keluarkan Hadis Untuk Pertahankan Mendiang Karpal Sebagai Pejuang Sebenar


Harakah telah mengeluarkan hadis yang mempertahankan mendiang Karpal Singh supaya tidak dilabel sebagai penentang Islam. Walaupun mendiang Karpal Singh semasa hidupnya berprinsip tegas tetap menolak dan menentang perlaksanaan hukum Hudud namun Pas tetap akan kenangnya sebagai pejuang yang layak diberi penghormatan tinggi.

Menurut portal rasmi Pas ada hadis seperti berikut: SAHL bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi s.a.w. dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: "Tidakkah ia satu jiwa?" (Riwayat Bukhari (no. 1250) dan Muslim (no. 961))

Jasad bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh telah disempurnakan hari ini mengikut tradisi agama Sikh setelah majlis penghormatan negeri berlangsung di Dewan Sri Pinang pagi tadi. Ribuan rakyat tanpa mengira kaum dan agama hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.

Dari ketua negeri, ketua eksekutif negeri, pemimpin politik dan masyarakat hinggalah kepada rakyat bawahan, penghormatan yang diterima mendiang amat jarang diterima oleh seorang pemimpin politik mahupun wakil rakyat.

Dari saat berita pemergian mengejut beliau akibat kemalangan pada awal pagi 17 April lalu, hinggalah jasadnya dibawa ke Dewan Sri Pinang untuk penghormatan terakhir, ucapan takziah dan simpati diterima daripada pelbagai pihak – pemimpin negara, ketua badan kehakiman, pemimpin politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat seluruhnya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam perutusan takziahnya berkata, mendiang ialah seorang yang sangat cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam apa jua urusan yang diperjuangkan.

"Saya bagi mewakili seluruh ahli dan kepimpinan PAS ingin meyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mendiang.

"Mendiang adalah seorang bapa, kawan, ahli politik veteran dan seorang peguam yang tidak berhenti dari memperjuangkan keadilan dan prinsip rule of law itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut berharap ahli keluarga mendiang dan kepimpinan DAP dapat terus bersabar dengan ujian yang berat seperti ini.

Pas mengecam terhadap pihak yang mengeluarkan suara-suara sumbang yang memperkecil dan menghina Karpal Singh.

Kenyataan-kenyataan berunsur penghinaan dan provokatif tersebar di media sosial untuk menunjukkan kononnya mendiang ialah seorang anti-Islam dan antihudud adalah tidak benar lapor Harakah

Pemergian Karpal sesungguhnya memberikan kita dua kesedihan.

Kesedihan pertama tentunya kerana kehilangan tokoh negarawan yang banyak berjasa kepada negara dan watan.

Kesedihan kedua adalah mengenangkan kejahilan segelintir umat yang berlagak sebagai ‘pembela agama dan bangsa’, tetapi sebenarnya memutikkan tanggapan buruk kepada kemurnian ajaran Islam yang menjadi agama rasmi negara.

3 comments:

  1. Kalau dah Keldai tu, keldai jugak lah....nasib kamu lah labuuuuu......

    ReplyDelete
  2. Tidak diketahui yang mati tu musuh nabi s.a.w. atau tidak. Tetapi yang ini lain tersangat....

    Lagi pun PAS sememangnya berperangai amat ganjil.

    ReplyDelete
  3. Walaupun karpal seorang sikh, dia beriman dengan Tuhan yang satu dan percaya dgn hari akhirat, iaitu 2 syarat minima yang disebut alquran.

    Lagipun dia jujur dan tidak terlibat dengan skandal kapalselam scorpene atau projek lembu tipu.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.