Sunday, April 6, 2014

Hishamuddin Terima Gambar Misteri di Lokasi Kawasan Yang Dikesan Bunyi Ping



Satu gambar misteri telah dihantar melalui twitter oleh seorang pengguna kepada pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengandungi imej pesawat yang tenggelam.

Gambar tersebut dikatakan dirakam oleh seorang yang menggunakan laman web Tomnod dan lokasinya disekitar kawasan pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi.

Ia menunjukkan satu objek putih bahawa orang yang mendapati ia percaya mungkin daripada pesawat MH370 yang hilang sehingga kini. 

Semalam sebuah kapal peronda China, Haixun mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi.

Menurut pakar, bunyi tersebut adalah isyarat yang standard daripada kotak hitam atau secara khusus perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.