Sunday, April 27, 2014

ISMA Dakwa Kerjasama Pas dan Dap Adalah Haram


Kerjasama politik antara PAS dengan DAP disifatkan haram kerana DAP secara terang-terangan menolak pelaksanaan hukum Islam iaitu undang-undang jenayah syariah, hudud dan qisas yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan, kata Ikatan Muslimin Malaysia, (ISMA).

Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman berkata syarat tahaluf siyasi antara PAS dengan DAP itu juga dianggap terbatal dan tidak sah lagi.

“Haram sekiranya PAS terus bersama DAP, lebih-lebih lagi ketika ini DAP secara terang-terangan menolak pelaksanaan hukum Islam,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Wanita Islam (KONWANIS) di Universiti Multimedia Cyberjaya, hari ini.

Ini kerana DAP menampakkan kemudaratan terhadap perjuangan dan penegakan Islam, tambahnya.
"Syarat tahaluf dalam syariat Islam bermakna orang bukan Islam harus menerima agenda Islam yang diperjuangkan, itu yang sepatutnya.”

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dalam satu kenyataan pada Jumaat menggesa PAS untuk keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya ia bertegas mahu melaksanakan hudud di negara ini.

Ahli Parlimen Seremban itu menyifatkan tindakan PAS tersebut melanggar muafakat Pakatan Rakyat kerana pelan pelaksanaan hudud dibuat tanpa kata sepakat Majlis Presiden atau pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur dari Pakatan Rakyat," katanya.

Menurut Abdullah Zaik, isu hudud bukan isu kecil yang dinilai daripada sudut mekanisme pelaksanaan semata-mata sebaliknya ia turut mencerminkan kedudukan agama Islam.

Katanya, jika hudud berjaya dilaksanakan, ia akan meletakkan Islam di tempat yang tertinggi dan tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun.

7 comments:

  1. Bersatu dgn umno jg haram zaik sbb umno juga menolak hukum hudud dun tganu dan beberapa ahli parlimen bn menolak mca bg kata dua pd dap gerakan nak saman pas...slps ini pas bersendirian berjuang utk laksanakan hudud

    ReplyDelete
  2. huyooo tetiba dialihkan kata umno plak tolak hukum hudud
    yang gebang sana sini nak buat hudud ahlipas tetiba umno plak yang kena
    barua betul

    ReplyDelete
  3. Habis UMNO dgn rakannya MCA, MIC, Gerakan, PBS, LDP, PBB semua tu haram ke halal?

    Tu lah cara Mamak berfikir. Asyik nak jahanamkan negara dengan pakai agama sebagai senjata politik jahanamkan PAS.

    ISMA tu macam Illuminatti jugak ler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bezanyer dalam BN itu UMNO jadi tunggak. MCA dan Gerakan tu bernaung bawah ketiak UMNO aja tak dak power apa2 pun. Gerakan yang menyalak tu nanti UMNO tengking diamlah tu.

      Pis pula takut kat dapig . Sebab itu yang dikatakan haram tu. Yang nyatanya Pis ni nak buat udud tapi takut kat kapir. Tu la bila gila kosa, tak sedar diri kena cucuk hidung jadi tunggangan dapig. Dah dok berjuang elok2 gatai nak join puak samseng tu. Tu pasai dah jadi penyamun tarbus la ni.

      Delete
  4. Kalaulah Tanah Melayu pusaka nenek moyang kita ni akhirnya terus TERGADAI semuanya sekali kat PENDATANGKAPIR DAJAL yg. asalnya dibawa PENJAJAH British-ZIONIS keparat, kita boleh salahkan pemimpin Islam/Melayu yg. biaqkan ini berlaku! Dan kita sbg. rakyat biasa ni, hanya mampu berdoa ALLAH SWT menghukum mereka!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  5. Memang kamu dasar penjilat jubur DAP... Umno memang sokong hudud ...jangan kamu masih mempertikaikan UMNO ... kamu jilatlah jubur DAP dan telan kunyitnya sekali ... mungkin DAP akan bertukar fikiran untuk menyokong Hudud...Tapi jangan lupa Anwar pulak hendakan jubur kamu... biar bertabur kunyit kamu...dan dia juga akan bertukar fikiran untuk sokong hudud....

    ReplyDelete
  6. Dalam BN itu UMNO jadi tunggak. MCA dan Gerakan tu bernaung bawah ketiak UMNO aja tak dak power apa2 pun. Gerakan yang menyalak tu nanti UMNO tengking diamlah tu. Pis pula takut kat dapig . Sebab itu yang dikatakan haram tu. Yang nyatanya Pis ni nak buat udud tapi takut kat kapir. Tu la bila gila kosa, tak sedar diri kena cucuk hidung jadi tunggangan dapig. Dah dok berjuang elok2 gatai nak join puak samseng tu. Tu pasai dah jadi penyamun tarbus la ni.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.