Saturday, April 5, 2014

Isu Memali: Matilah Saya, Saya Terjebak Dengan Permainan Pembangkang


Pada jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli panel dalam majlis diskusi anjuran kerajaan negeri Kelantan bertemakan “Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang”. Profesor Dr Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berperanan sebagai moderator.

Format diskusi menyerupai program bual bicara “Hard Talk” BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan sebarang skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa soalan secara spontan yang akan diajukan oleh moderator.

Sepanjang dua jam, moderator diskusi bersifat lebih combative, aggresive serta provocative.

Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:

1. Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr Mahathir berada di negara China dan saya adalah pemangku Perdana Menteri. Ini bermakna mereka telah bersedia memerangkap saya dengan soalan yang ada kepentingan kepada parti pembangkang. Tekaan saya amat tepat.

2. Saya bertanggungjawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.

3. Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.

Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek berikut:

1. Saya menegur moderator dengan mengatakan sebagai seorang profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat sebab sebarang jawapan yang tidak betul akan mendatangkan implikasi buruk kepada keharmonian negara.

2. Moderator seolah-olah mahu saya mengatakan Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur kerana sebaik sahaja saya berkata demikian moderator menarik nafas lega sambil menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan “my god” sehingga mengejutkan hadirin.

Namun saya mengambil tanggungjawab dan akauntabiliti terhadap kejadian yang berlaku walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi menyerahkan kepada budi bicara pihak polis untuk melaksanakan operasi dari segi menentukan waktu terbaik ianya dilakukan serta kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan operasi.

Pada ketika itu saya adalah Menteri Dalam Negeri sudah tentu saya bertanggungjawab sepenuhnya.

Dalam ruang masa yang diberikan oleh moderator, saya telah menghuraikan urutan peristiwa yang berlaku. Pada hari kejadian, saya bersama pemangku ketua polis negara (KPN) telah menemui perdana menteri di pejabat beliau dan pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi polis di Memali yang melibatkan kematian empat anggota polis dan 14 orang awam.

Kesimpulannya ialah:

Sekian lama saya berseorangan untuk mendapatkan keadilan namun saya terus berdoa dan akhirnya program diskusi di Kelantan saya sifatkan sebagai anugerah ilahi memakbulkan doa saya. Ruang tersebut memberikan saya peluang untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting yang melibatkan diri saya.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan peluang tersebut kepada saya.

Saya sedar perkembangan terbaru ini telah menjemput pelbagai ulasan dan pandangan secara positif dan secara negatif, tidak terkecuali yang berbentuk tohmahan, tuduhan dan fitnah baru ke atas diri saya. 

Musa Hitam, 80, dilantik menganggotai Lembaga Synergy Drive Bhd pada 29 Sept, 2007 sebagai pengerusi dan pengarah bukan eksekutif.

Synergy Drive mengambil alih Kumpulan Sime Darby Bhd, Golden Hope Plantations Bhd dan Kumpulan Guthrie Bhd pada 2007 dan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 27 Nov, 2012 sebagai Sime Darby

Pada masa ini Musa ialah pengerusi Lion Industries Corporation Bhd dan United Malayan Land Bhd, kedua-duanya disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd, Panel Penasihat Antarabangsa CIMB Group dan Forum Ekonomi Islam Dunia.

Beliau juga merupakan anggota Lembaga Penasihat Antarabangsa Rotterdam dan anggota Lembaga Penasihat "Jurnal Diplomasi dan Perhubungan Luar Negara" Malaysia.

Beliau juga adalah anggota Panel Penasihat Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar.

1 comments:

Anonymous said...

PROFESOR DR. AGUS YUSOFF MEMANG BERTARAF BANGKAI DARI AWAL LAGI ALIRAN DAN PEMIKIRAN ....... BERTARAF KEPENTINGAN PERIBADI..... UKM UNIVERSITI KERAJAAN SEPATUTNYA DAH LAMA PECAT PROF. KELANTAN NI.... MUSA HITAM PUN BODOH ..... BOLEH DUDUK SEMEJA DGN HUSAM AND THE GANG..... LAIN KALI KALAU NAK HADIR MUSA PERLU BERWASPADA...... HABIS ROSAK SUSU SEBELANGA.....

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.