Tuesday, April 1, 2014

Janda Atau Gantung Tak Bertali? Status Nurul diketahui 12 Jun



Status perkahwinan Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim akan diketahui 12 Jun ini selepas jawatankuasa pendamai membuat laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian mereka.

Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan tarikh itu bagi membolehkan jawatankuasa pendamai yang dilantik oleh Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir mengemukakan laporan mereka kepada mahkamah.

Ab Malek menetapkan tarikh itu dalam kamarnya ketika kes itu disebut hari ini, dengan dihadiri peguam Nurul Izzah, Nor Mawaddah Ramli dan Zulkifli Che Yong, peguam yang mewakili Raja Ahmad Shahrir.

Mahkamah juga memerintahkan Nurul Izzah dan suaminya mengemukakan senarai nama dan calon jawatankuasa pendamai itu pada 17 April ini.

Dalam proses perceraian, jawatankuasa pendamai terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan mereka bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.


Status Nurul Izzah samada menjadi janda atau pun hanya digantung tak bertali akan diketahui pada 12 Jun ini.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.