Saturday, April 5, 2014

Jika Takut Untuk Ambil Tindakan Sila Tutup SKMM


SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. 

SKMM mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga perkhidmatan internet, pos dan pensijilan digital.

Dalam keadaan dunia globalisasi ini SKMM perlu lebih kehadapan dalam menangani fitnah dan persepsi buruk daripada bangsat-bangsat yang diupah oleh kaum tertentu demi untuk mengeruhkan suasana aman di Malaysia.

Bukan sekali perkara sedemikian dilakukan malah beratus-ratus kali pembangkang membuat fitnah sedemikian rupa sehinggakan ada orang-orang di kampung mempercayainya.

Setakat ini SKMM dilihat lebih banyak 'tidur' daripada membuat kerja memantau dalam hal ini. Malangnya jika ada sedikit kekeliruan dipihak yang pro kerajaan, SKMM seolah-olah begitu cepat bertindak dengan menutup terus samada blog atau facebook tersebut.

Apakah SKMM terlalu takut dengan kekuatan peguam pembangkang?

Apakah dalam SKMM sendiri lebih banyak penyokong 
pembangkang?




0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.