Wednesday, April 9, 2014

Kakitangan Awam Lentok Dipujuk Lelaki Afrika Rugi RM100,000


“Saya tidak tahu nak kata apa apabila tahu wanita yang saya jatuh hati itu sebenarnya adalah seorang lelaki Afrika,” kata seorang lelaki yang kerugian lebih RM100,000 akibat terperangkap dalam sindiket cinta Internet atau ‘love scam’ didalangi warga Afrika. Lapor Harian Metro

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azhar, 28, seorang kakitangan awam berkata, dia kini hanya mampu menangis selain menyesali kebodohan dan kebangangan dirinya gara-gara kemaruk cinta terhadap wanita bernama Alina yang dikenali menerusi hayan kiriman e-mel pada Julai tahun lalu.

“Dalam e-mel dikirimnya, Alina memberitahu, dia tinggal di United Kingdom (UK). Bapanya rakyat Malaysia manakala ibunya warga Eropah dan sekarang dia mahu datang ke negara ini untuk mencari keluarga bapanya.

“Dia turut memberi satu alamat yang kononnya alamat terakhir keluarga bapanya. Saya membuat pemeriksaan di Internet dan mendapati alamat itu wujud menyebabkan saya menyambut salam persahabatannya,” katanya, semalam.
Azhar menceritakan pengalaman ngerinya kepada wartawan.

Pada mulanya, Azhar yang juga seorang kakitangan awam sekadar mahu berkawan sebelum jatuh hati dengan cara wanita itu berkomunikasi dengannya selepas sebulan berkenalan.

Sudah lebih beratus kali warga Malaysia diingatkan supaya jangan layan email daripada warga Afrika kerana mereka pandai bermain kata-kata sehingga membawa kearah penipuan.



Modus operandi mereka terbabit dalam kegiatan penipuan melalui internet tidak sukar dikesan jika pembaca mengetahui maklumat lengkap.



Warga Nigeria, barangkali tinggal di Kepong, Puchong atau Cheras, menyamar menggunakan identiti serta ikon lelaki warga Eropah di laman sosial seperti Facebook.

Bakal mangsa kemudian ditaburkan dengan kata-kata dan janji manis bergantung kepada jantina.
Jika bakal mangsa itu wanita, lelaki Nigeria menyamar lelaki kacak dan bergaya.


Kerapkali setelah mangsa tergoda, suspek mendakwa berhasrat menghantar bungkusan mengandungi barangan bernilai seperti wang tunai dan peralatan elektronik.


Mereka kemudian memaklumkan mangsa melalui panggilan telefon kononnya bungkusan terbabit dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia atau diminta untuk melunaskan bayaran penghantaran bungkusan terbabit mencecah ribuan atau jutaan ringgit.


Pembayaran dibuat menggunakan akaun peribadi dimiliki oleh rakyat tempatan bersekongkol dengan suspek. Sebaik wang dituntut didepositkan dan mencukupi bagi mereka, semua suspek lenyap bersama janji manis sejak perkenalan bermula.


Justeru tidak hairan jika suspek hidup mewah manakala mangsa ditinggalkan papa kedana. Mangsa bukan sahaja kerugian wang tetapi berkesudahan dengan tubuh diratah puas oleh lelaki kononnya mencintai mereka.

Untuk rekod, tahun lalu, rakyat Malaysia dilaporkan kerugian lebih RM1 bilion akibat diperdaya oleh sebilangan warga Afrika.

1 comment:

  1. warga afrika ni jangan kita borong semua yang berada di Negara ini semua jahat2 belaka. tapi ada juga diantara mereka tu golongan profosional yang datang bekerja disini. malah ada yang jutawan datang kesini dan kawin dengan wanita islam sini. depa suka sebab Negara ini aman , selamat dan islamnya kuat.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.