Monday, April 14, 2014

Kanak-kanak 4 tahun maut selepas van dinaiki melungsur Ke Dalam Loji Kumbahan



Seorang murid tadika Kemas berusia empat tahun maut manakala lima lagi cedera apabila van sekolah dinaiki mereka terjunam ke dalam kolam kumbahan di Taman Universiti di sini, tengah hari tadi.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azri Aqif Azhar disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah klinik kesihatan berhampiran.

Lima lagi kanak-kanak yang cedera dalam kejadian 12.15 tengah hari itu dikenali sebagai Nur Aima Abd Razak, 5; Muhammad Hadif Syauqi Samsol Akamal, 5; Danial Asyraf Abdullah, 5; Danial Aiman Md Gefri, 6; dan Sakinah Roslan, 5.

Kemalangan dikatakan berpunca daripada van yang diparkir menggelongsor dan merempuh pagar sebelum terjunam ke dalam kolam kumbahan berkenaan.

Difahamkan, wanita pemandu van terbabit meletakkan kenderaannya di situ bagi mengambil semua mangsa dari tadika Kemas berhampiran.

1 comment:

  1. ini satu pengajaran . faktor keselamatan diabaikan. dah tau tempat parking tu menjunam ke kolam masih nak letak kat situ juga. yang jadi mangsa anak2 kecil . tadika pun serupa sama2 salah sebab tak sediakan tempat parking yang sesuai. sampai bila pemikiran sempit rakyat Negara ini nak berubah ? perkara yang jelas merbahaya pun tak ambik kisah......lepas ni mulalah aturcara saman menyaman.........naik mahkamah turun mahkamah.......

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.