Friday, April 18, 2014

Karpal Ke Pulau Pinang Untuk Hadir Kes Seorang Jurutera Yang DiTuduh Membunuh Teman Wanita


Dalam kejadian kemalangan maut melibatkan Karpal Singh, Karpal dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur selepas melawat anaknya yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang dirawat di wad Hospital Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur ke rumahnya di Georgetown, Pulau Pinang untuk menghadiri sebutan kes seorang jurutera yang didakwa membunuh teman wanita pada 14 Februari lalu.

Seorang saksi berkata, beliau melihat seorang mangsa terbaring atas jalan di tepi sebelah kiri kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard sejurus selepas kemalangan.

Azman Ahmad Bakri, 38, juga melihat seorang lelaki lain yang duduk di kerusi bahagian tengah MPV, memeluk mangsa yang duduk di kerusi hadapan.

“Apabila cuba menghampirinya lelaki itu berkata ‘go away...go away’,” katanya yang ketika itu tidak mengetahui antara mangsa adalah bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan anaknya. Dia kemudian menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan pada kira-kira jam 12.45 pagi.

Dalam kemalangan di Kilometer 306.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berdekatan Gua Tempurung, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kiri muka, apabila MPV dengan nombor pendaftaran KS 9898 yang dinaiki lima orang, merempuh belakang sebuah lori Mitsubishi Canter yang membawa simen, besi, jubin di lorong kiri laluan dua lorong itu.

Turut maut di tempat kejadian ialah pembantu peribadinya, C Michael, 39. Mayat mereka dibawa ke Hospital Kampar (HK), tetapi kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.

Seorang wanita pembantu rumah warga Indonesia, pula cedera parah dan mendapat rawatan di HRPB. Anak Karpal, Ram Karpal Singh, 38, cedera ringan di kaki dan dirawat sebagai pesakit luar di HK, manakala pemandu MPV, seorang warga India, C Selvam, 27, tidak cedera. 

Pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45, dari Selangor cedera ringan, manakala isterinya, Nur Azlina Ahmad, 23, dan anak mereka Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah, 4, tidak cedera.

Pemandu MPV tersebut sewajarnya diperiksa dan diambil air kencing samada dalam keadaan pengaruh dadah atau tidak.

9 comments:

  1. Astro Awani bingkaikan pemandu lori menukar arah tanpa signal sebagai punca kemalangan,ditambah lagi dengan memandu di bawah pengaruh ganja.Berbeza dengan kenyataan polis......alphard dipandu terlalu laju.terbabas lalu merempuh belakang(kanan) lori.Janganlah berat sebelah........siapa mangsa yang sebenarnya......pembela penjenayah atau rakyat biasa yang mencari sesuap nasi menyara keluarga dengan kerja sebagai pemandu lori

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang, itu adalah kata-kata yang menjurus untuk menyalahkan pemandu lori. Namun apa teori sekalipun pemandu MPV cuai kerana pelanggaran melibatkan belakang lori. Saya tak melihat berita asro itu namun ingin says tanya ada tak astro awani memaklumkan yang MPV Alphard itu mempunyai banyak saman trafik. Saman melanggar lampu trafik menggambarkan sikap tidak peduli pemandu lain manakala saman laju yang banyak menggambarkan pemandu itu sering memandu laju. Ada tak?

      Delete
  2. kalau tgk kereta pun tau ... kalau lori dr kanan masuk kiri tentulah pemandu alphad yg kena.. ni penumpang sebelah kiri.. tentulah alphad tu elak yg nasib malang adalah penumpang yg dok sebelah kiri..

    ReplyDelete
  3. ASRTO AWANI BERAT SEBELAH...REPORTER MAKAN GAJI BUTA

    ReplyDelete
  4. Kenapa Saman tak Berbayar ASTRO Awani tak tulis...takut kena Saman Ye.

    ReplyDelete
  5. Aku syak si PENAJA Barat-ZIONIS DAPBANGKAI/PKRPELIWAT nak menutup mulut sikapal ni - dr. banyak rahsia TERDEDAH; apalagi SUARAM (yg. disyaki ditaja berjuta oleh si Barat-ZIONIS) makin disasarkan blog pro-K'jaan, utk. disiasat KDN (KDN jgn. lupa pula hal ni)!

    Kerana yg. peliknya, kenapa lelaki yg. peluk si kapal tu, suruh "go away", sedgkn mangsa kemalangan akan minta tolong "help"!

    Itulah MO biasa si Barat-ZIONIS http://topinfopost.com/2013/06/21/over-20-seals-who-killed-osama-bin-laden-now-dead, Over 20 SEALs Who “Killed Osama Bin Laden” Now Dead, By DNA , June 21, 2013; and at http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=114 , Bloody Bill Clinton – American Caligula, By wmw_admin on September 1, 2006!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  6. Alphard mana ada kelas,safety pun poyo je...bwk range rover,cayenne ke baru mati mata tk terbeliak...

    ReplyDelete
  7. Pemandu lori itu membawa isteri dan anaknya itu, tidakkah telah melanggar permit lori tersebut? Minta semak dgn JPJ, tulisan di tepi lori untuk bawa berapa pekerja termasuk pemandu. Adakah isteri dan anak kecil itu juga didaftarkan sebagai pekerja? Boleh semak dgn Socso.

    ReplyDelete
  8. dia bawak isteri sebagai teman berbual supaya tak mengantok la bodoh. kau tak perlu nak judge sgt pun...tunggu lah dia naik ke mahkamah nnt.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.