Wednesday, April 23, 2014

Kastam Pencen Cerita Pas Nak Buat Negara Islam dan Nga Kor Ming Beri Amaran pada Pas


Perjuangan Pas bagi menegakkan sebuah negara Islam dengan melaksanakan syariat Islam di negara ini telah pun termaktub sejak awal penubuhannya. Tidak terlintas dalam fikiran pemimpin Pas hanya hendak buat negara kebajikan sahaja.

Bekas Kastam pencen yang kini membuat 'business freight fowarding' juga Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, perkara ini sememangnya menjadi tunjang perjuangan Pas selama ini, dan ianya akan terus diperjuangkan termasuklah pelaksanaan hukum hudud.

Bagaimanapun menurutnya, sebarang kenyataan mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara ini hanya akan dibuat oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sahaja.

Razman berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang mencadangkan agar Pas kembali kepada buku jingga memberi fokus berhubung penubuhan Negara Berkebajikan sahaja.

Sebelum itu DAP Perak mengecam tindakan Pas yang tidak mengikut buku jingga seperti yang dipersetujui bersama dan Pas sepatutnya hanya buat Negara Berkebajikan sahaja bukan negara Islam

Timbalan Setiausaha Publisiti DAP, Nga Kor Ming berkata, penubuhan Negara Berkebajikan itu juga turut terkandung sebagai polisi dalam Buku Jingga PR, malah ia sudah diluluskan sempena muktamar Pas yang lalu.

“DAP memang tidak setuju dengan hasrat Pas menubuhkan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Kita juga tidak mahu penubuhan negara Kristian, Buddha atau Hindu.

“Apa yang penting adalah semua pihak perlu hidup aman damai dengan saling hormat menghormati selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Taiping itu juga bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak akan menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.

Katanya, pelaksanaan hukum Islam itu di Kelantan memerlukan suara majoriti di Parlimen untuk pelaksanaannya. DAP dan PKR tidak akan menyokong sama sekali.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.