Wednesday, April 16, 2014

Kecoh! Perlawanan Perak-JDT DiCemari Dengan Insiden Pergaduhan


Perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak sebentar tadi menyaksikan keganasan dilakukan penyokong hingga menyebabkan jurugambar NSTP, Supian Ahmad cedera dibaling objek dipercayai batu.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan penyokong salah satu pasukan terhadap pasukan lawan tetapi mengenai kaki Supian selepas Perak kecundang 0-1 ditangan JDT. 

Sebelum itu penyokong JDT turut diarahkan untuk menunggu di dalam Stadium Perak sebaik perlawanan tamat bagi mengelak berlakunya insiden tidak diingini membabitkan kedua-dua penyokong.

Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut berkawal di laluan keluar kedua-dua penyokong bagi menyuraikan keadaan kekecohan yang dicetuskan.

Penyokong tuan rumah yang kecewa dengan kekalahan di tempat sendiri juga dilihat enggan meninggalkan persekitaran stadium meski diarahkan petugas keselamatan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Pasukan keselamatan terpaksa melepaskan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong yang enggan berganjak kerana mahu menunggu penyokong JDT keluar dari stadium.

4 comments:

  1. MAAF CAKAP LA. AKU PUN TAK TAHU NAK CAKAP APA DENGAN PERANGAI BURUK BUDAK-BUDAK NI. DAH NAMA SUKAN. ADALAH KALAH DAN MENANG. BILA NAK MATANG SUKAN MALAYSIA NI. TAK KIRA PASUKAN MANA LA. KADANG-KADANG JURULATIH DAN PEGAWAI PUN SAMA. MU PUN KALAH TERUK KAT TEMPAT SENDIRI. BARCELONA PUN KALAH DENGAN KELAB TAK TERNAMA. ARSENAL PUN KENA BELASAH. TAK PULA KITA TENGOK PENYOKONGNYA JADI GILA MELAMPAU. KECEWA TU BIASA LA. TAPI BUKANLAH JADI GILA TAK TENTU ARAH. SEDIH TENGOK SIKAP BURUK DAN TIDAK MATANG BEGINI.

    ReplyDelete
  2. Mgkn
    Sukan diletak atas dr agama
    Silap2 maghrib pun lebur
    Sabar pun lesap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok negeri mana yg paling banyak jadi juara. D

      Delete
  3. JDT provok org kot
    Kalau dah keturunan lanun
    Then u're always lanun daaa !!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.