Friday, April 18, 2014

Kecoh: Petugas Media Cirit Birit Makan Makanan Tidak Bersih Di Dun Selangor



Lebih 10 petugas media yang membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini semalam, mengalami cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan.

Mereka dikatakan memakan makanan yang disediakan itu tidak bersih mungkin disebabkan kekurangan air untuk membasuh.

Keracunan itu adalah berpunca daripada makanan yang telah disediakan oleh pihak katerer yang dipilih oleh kerajaan pakatan rakyat didapati kurang bersih.

Akibat daripada itu, doktor dan beberapa petugas kesihatan kerajaan telah dipanggil untuk hadir untuk mengadakan pemeriksaan terhadap para petugas media tersebut.

Untuk mengelakkan daripada dikritik kerajaan negeri Selangor mengambil tindakan menghentikan perkhidmatan katerer ini serta merta walaupun tempoh kontrak yang diberikan kepada mereka belum tamat.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.