Tuesday, April 22, 2014

Keluarga Daif Perlukan Bantuan Harap Kerajaan Negeri Dapat Bantu


Mungkin kerajaan negeri boleh membantu keluarga ini yang hidup dalam serba daif, Yayasan Bina Upaya(YBU), JKM, JKKK dan banyak lagi agen kerajaan boleh digunakan untuk membantu keluarga ini.

Jaga nenek sakit jantung berlubang dan dua adik selepas kematian ibu bapa

Kesanggupan seorang remaja yatim piatu, Norfazliana Mohd Fadly, 15, bekerja siang dan malam selepas waktu sekolah untuk membantu menyara dua adiknya dan mengumpul wang membeli ubat neneknya cukup meruntun jiwa.

Sikap berdikari dan bertanggungjawab yang tebal dalam dirinya seharusnya menjadi contoh terbaik remaja seusianya.

Masakan tidak, ketika remaja lain menjalani kehidupan sempurna bersama ahli keluarga dan menghabiskan masa remaja dengan melakukan apa yang sepatutnya dilakukan termasuk memberi sepenuhnya tumpuan kepada pelajaran, Norfazliana terpaksa memikul tugas berat seperti 'ketua keluarga'.

Kisah malang hidup pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai (SMKBS), Perak, itu bermula selepas kematian bapa, Mohd Fadly Ismail sejak 10 tahun lalu dan menyusul pula ibunya, Noor Azlina Mokhtarauddin, enam tahun kemudian.

Selepas itu, beliau dan adiknya, Mohd Husaini, 9, dan Nurul Fatiha, 14, dijaga nenek mereka, Sarih Yahaya, 59, yang kini terlantar akibat penyakit jantung berlubang di rumah di Kampung Keramat, Parit Buntar, Perak.

Bagaimanapun, kesusahan dialami tidak pernah dijadikan alasan sebaliknya beliau terus berazam untuk bersekolah dan sanggup bekerja siang dan malam bagi membantu dua lagi adiknya yang masih bersekolah di samping menjaga nenek yang mengalami penyakit jantung berlubang.

Tanpa mengenal letih, rutin dilakukan termasuk membantu bapa saudaranya, Mohd Azrul Ramli, 27, berniaga pada waktu siang dan malam, di sebuah gerai makan, di Jalan Jeti, Bagan Serai, sejak dua tahun lalu, tanpa menagih upah bagi membalas pengorbanan bapa saudara mereka itu yang turut membantu dirinya dan dua adiknya.

Norfazliana berkata, selepas tamat waktu persekolahan beliau dan dua adiknya terus ke gerai makan untuk membantu bapa saudara mereka pada sebelah petang.

"Pada waktu malam pula saya akan membantu rakan bapa saudara berniaga burger di hadapan bangunan Arked Mara, di sini sehingga jam 12.30 tengah malam.

"Kesemua wang gaji bekerja di gerai burger diserahkan kepada nenek bagi kegunaannya merawat penyakit jantung berlubang. Meskipun nenek sakit, dia tidak pernah mengeluh dalam mengasuh kami. Jasa dan pengorbanan nenek amat besar kepada kami dan hanya inilah cara yang dapat saya balas jasanya yang selama ini bersusah payah menjaga kami tiga beradik dengan penuh kasih sayang," katanya 

1 comment:

  1. Mana UMNO Perak, Tabung Zakat dan TABUNG BANTUAN Kem. Kesihatan utk org. miskin?! Heran betul aku! Daripada si puak LIBERAL dlm. UMNO sibuk nak status negara maju, baik tumpukan pd. rakyat miskin, terutamanya BUMIPUTERA Islam/Melayu, yg. masih BERLAMBAK kat Tanah Melayu ni!

    Lihat artikel BERNAS Zaini Hassan, ini; mengingatkan pemimipin Islam/Melayu kita yg. asyik TERLALAI - tanah pusaka kita pun dah makin tergadai - di http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140416/re_02/Tanah-Masjid-Tanah-TUDM-dan-Tanah-Air :

    Tanah Masjid, Tanah TUDM dan Tanah Air

    Oleh Zaini Hassan

    16/04/2014

    Dilema status tanah masjid
    BENARKAH tanah-tanah masjid, surau, tanah-tanah perkuburan dan institusi keIslaman lain di negara ini tidak memiliki status hakmilik atau geran?

    Adakah kerajaan BN yang menaungi beberapa negeri terlalu yakin bahawa negeri mereka akan kekal dinaungi selama-lamanya.

    Jika ia berada di bawah BN, atau di bawah Pas seperti di Kelantan mungkin tiada masalah, tetapi bagaimana sekiranya terlepas kepada tangan DAP seperti di Pulau Pinang atau kuasa politik Melayu yang dipegang oleh DAP seperti di Selangor atau Perak?

    Saya difahamkan di Selangor hampir kesemua tanah masjid dan institusi agama Islam tidak mempunyai geran hakmilik, yang membuka ruang untuk diambil alih sewenang-wenangnya pada bila-bila masa.

    Ingatan ini, saya difahamkan telah dititahkan berkali-kali oleh DYMM al-Sultan Selangor, tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan BN yang terdahulu.

    Sekarang sudah terlambat.
    Difahamkan ada antara di negeri pembangkang itu mahu meminta tanah untuk mendirikan masjid pun amat sukar. Macam-macam syarat diletakkan.

    Antaranya, jika tanah masjid diberikan, kena agih juga sama rata untuk tanah kuil, tokong dan gereja. Mereka mempunyai kepercayaan semuanya harus sama-rata, termasukkan jika diluluskan lima hektar tanah masjid dalam masa yang sama kena lulus juga lima hektar tanah bagi rumah ibadat agama-agama lain.
    Tahniahlah diucapkan kepada orang Melayu Islam yang telah bersetuju dengan langkah tersebut.

    Bak kata pepatah Melayu kuno "nasi sudah menjadi bubur." Saya tidak kata kita tidak boleh makan bubur, namun saya masih belum berjumpalah orang memakan bubur sebagai makanan ruji setiap hari......

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PERKASA/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).


    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.