Sunday, April 20, 2014

Kempen Pemilihan PKR Dicemari Dengan Penyebaran Gambar Lucah




Kempen bagi pemilihan PKR semakin ‘panas’ selepas tersebar risalah dipercayai bertujuan memburukkan imej calon timbalan presidennya, Mohamed Azmin Ali.

Risalah bertajuk ‘Layakkah Azmin?’ dipercayai diedar pihak tertentu ditemui pada Himpunan Reformasi 2.0 malam semalam, di sini.

Risalah tersebut dikesan diedar kepada orang ramai yang hadir pada program itu.

Pengarah Himpunan Reformasi 2.0 Perak, Annuar Zakaria berkata, beliau menyedari pengedaran risalah itu selepas mengetahuinya daripada petugas program pada malam semalam.

Menurutnya, risalah itu diletakkan di cermin-cermin kereta selain diedarkan kepada pengunjung program pada malam itu

“Risalah ini berbentuk tohmahan dan fitnah pimpinan kita. Kita yakin ada pihak luar yang cuba membuat sebaran untuk memburukkan pimpinan dan imej parti.

“Tindakan tidak bertanggungjawab ini juga cubaan untuk memburuk-burukkan imej Majlis Pimpinan PKR Perak,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Himpunan Reformasi 2.0, di Wisma PKR Negeri, di sini, semalam.

Risalah dua muka surat itu mengandungi beberapa gambar mirip Azmin Ali selain beberapa tuduhan terhadap pemimpin itu.

1 comment:

  1. First In the World !! – Teknologi Elektron : ‘Solar Etron Cell tech’
    Revolusi Terbaru Dalam Dunia Perubatan & Kecantikkan Moden !!
    Anda Pasti Teruja Dengannya !! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.