Saturday, April 12, 2014

Kenyataan angkuh & berlagak Tawkey Tudung dikecam ramai pihak di Facebook



Tudung Fareeda mula hangat diperkatakan di media sosial semenjak berita penangkapan tudung-tudung tiruan yang meniru paten tudung Fareeda yang telah mengeluarkan belanja RM4 juta untuk mempromosikan tudung mereka.

Kita faham bab-bab paten dan ciplak. Memang wajar pihak Fareeda mengambil tindakan terhadap peniaga² yang tidak beretika ini. Dalam hal ini, kita harus menempatkan diri kita di kedudukan Fareeda selaku pengeluar dan pengasas tudung Fareeda.

Namun, di laman Facebook rasmi Fareeda dikecam kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap berlagak dan sombong.

Berikut adalah kenyataan dari Fareeda:

1

“Nurkamisah Sharil: Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri. FAREEDA ada juga menawarkan scarves di bawah RM100. Jika tak mampu menabung,. dan jangan risau jika membazir sebab FAREEDA ada harga untuk preloved.”

Melalui pemahaman My Media Hub, ini bukanlah jawapan dari Mawar Abdul Karim, tetapi jawapan dari admin page FB Fareeda.

9 minit yang lalu dari entri ini diterbitkan, Facebook Fareeda keluarkan kenyataan penafian page tersebut dikendalikan oleh Mawar:

Untitled

Seharusnya admin page berhati-hati mengeluarkan kenyataan di laman Facebook rasmi mereka. Akibat dari kenyataan ‘berlagak’ itu, Mawar kini dikecam oleh ramai pihak sehingga ada yang mahu memboikot tudung Fareeda.

Pihak admin FB Fareeda seharusnya mempelajari kaedah komunikasi berkesan tatkala menjawab persoalan atau memberi kenyataan di laman sosial. Fareeda harus sedar, setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka itu dibaca mengikut tafsiran yang berbeza-beza. Seeloknya, biar seperti menarik rambut dari dalam tepung, rambut berjaya di tarik, tepung tidak berterabur.

Ramai yang terguris dengan kenyataan admin page berkenaan.

Untitled 2

Islam melarang pembaziran dan menggalakkan sifat kesederhanaan. Belilah tudung dengan harga yang berpatutan sekaligus memenuhi fungsi sebenar tudung iaitu menutup aurat dan tutup DADA sekali.

Sumber

8 comments:

  1. kalau beli handbag jenama kapir tu smpi beribu2 takplak org nak hantam LV tu tp beli tudung kepala baru 200 dah bising 1 malaya.. kalau tak nak pakai je lah tudung kat pasar mlm tu baru rm10.. mcm mana lah org melayu nak berjaya ramai sgt org yg dengki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iman tak sama...yg beli hak kafir tu jawab let nnt. ....

      Delete
  2. KOMEN SINIS YG BAGUS , KEKADANG KITA LETIH DGN ORG MELAYU NI ,, BIARLAH ORG KITA KAYA W/PUN DIA TAK TENGOK KITA ASAL CARA KAYA NYA DARI SUMBER YG BETUL

    ReplyDelete
  3. beli barang dengn org kafir tak berdosa..Nabi dan para sahabat juga berjual beli dgn org kafir..

    ReplyDelete
  4. Betul kata anon 7.30. Rasanya yg menjadi kemarahan ialah cara admin tdg fareeda tu menjawab. So unprofessional. Klu hdbag lv atau sewaktu dgnnya yg kena situasi ni saya yakin mereka akan memberi jawapan yg bernas...

    ReplyDelete
  5. Yg penting, serve the purpose, bertudung utk menutup aurat, tp bg yg berkemampuan, terpulang asalkan menepati syarat menutup aurat.

    ReplyDelete
  6. Bini aku pegawai tinggi kerajaan pakai tudung RM15 je tak heran pun..tkda sorang pun pegawai bawahan berani kutuk pakai tudung murah...moral of the story,pakai tudung mahal pun kalau muka tk lawa tetap tk lawa...yg penting iman,akal dan hati mesti cantik.

    ReplyDelete
  7. Memanglah org bengang bro . Nak cita lv kat sini . Heh lv pon xmemekak lah nak rampas org ciplak bag dia siap gred AAA lagi . Mmg sakitlah bila idea kena amek sesuka tapi mcm yg diorang kata rezeki allah tu ada je kat mana mana walaupun mmg ada tiruan fareeda 100% sebijik nak mampuih . Pengguna kat malaysia dh boleh fikir kalau nak original pegilaa butik yg hang p beli tudung fareeda tu kat bukit bintang apahal . Sah sah la tak original .

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.