Saturday, April 5, 2014

Kerajaan Indonesia bayar RM5.4 juta untuk tebus rakyatnya daripada dipancung !


Kerajaan Indonesia bersetuju membayar RM5.4 juta bagi menyelamatkan seorang pembantu rumah warga negara itu di Arab Saudi daripada dihukum pancung.

Satinah Binti Jumadi Ahmad, 41, dijatuhkan hukuman itu sejak 2011 selepas didapati bersalah membunuh isteri majikannya dan melarikan wang tunai berjumlah RS37,970 (RM33,258) pada 2007.

Dia bagaimanapun mendakwa tindakannya itu untuk mempertahankan diri,keluarga wanita yang dibunuh itu bersetuju melepaskan Satinah daripada dihukum pancung jika dia membayar wang darah berjumlah |RS7 juta.

Kerajaan Indonesia berjaya berunding dengan keluarga berkenaan untuk menurunkan jumlah bayaran itu daripada tuntutan asal sebanyak RS10 juta yang diminta pada 2011. 


Kami bersetuju membayar wang darah seperti yang dituntut keluarga berkenaan. Presiden Susilo menghantar surat kepada Raja Arab Saudi. 

Pihak berkuasa negara itu bersetuju menguruskan proses pengampunan, kata Menteri Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia, Djoko Suyanto.

Ini bukan kali pertama warga Indonesia dijatuhkan hukuman mati di Arab Saudi. Kebanyakan mereka berkata, mereka bertindak demikian kerana tidak tahan didera oleh majikan masing-masing.


Ramai selebriti, pengguna media sosial dan aktivis kemanusiaan di Indonesia turut membantu berkempen untuk mendapatkan pembebasan Satinah.

Cubaan awal mengumpulkan wang darah melalui derma gagal mencapai jumlah yang ditetapkan menjelang tarikh akhir 3 April 2014, jumlah yang dapat dikumpul hanya RS4 juta.

Sebelum ini, hukuman pancung yang dijalankan ke atas Ruyati Binti Sapub, seorang lagi pembantu rumah yang didapati bersalah kerana membunuh, menimbulkan kemarahan kerajaan Indonesia kerana mendakwa mereka tidak diberitahu secara jelas mengenai kes berkenaan.

Kejadian itu menyebabkan kerajaan Indonesia menggantung penghantaran pekerja negara itu ke Arab Saudi pada 2011. 

4 comments:

Anonymous said...

Qisas Islam adalah lbh baik dr sekadar dibunuh setiap yg membunuh. Dgn adanya khiyar / pilihan memaafkan dan diyat utk waris, mk ada pilihan bg pewaris mangsa. Dgn diyat atau dlm hal di atas disebut wang darah, dptlah pewaris pampasan yg jika pewaris adalah golongan yg tak berkemampuan dptlah memudahkan kehidupan mrk. Soal dosa terhdp mangsa terpulang kpd Allah swt Mengadilinya nanti, kerana hukumNya di dunia sudah dilaksanakan. WaAllahu'alam !

Anonymous said...

benar tulisan saudara mengenai hukum qisas dalam islam . tuntutan wang (barang berharga) olih ahli keluarga kena bunuh menggantikan hukum bunuh dengan pemaafan termaktub dalam hukum islam. tetapi andai pembunuh atau keluarga pembunuh tidak ada kemampuan membayar maka kerajaan (baitulmal) harus menanggung bayaran tersebut. manakala pembunuh itu diambil menjadi hamba kerajaan bekerja untuk membayar kembali wang kerajaan sehingga selesai atau sehingga dimaafkan. wAllahua'lam.

Ben Mazalan said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon blog tuan support portal berita mahasiswa yang baru belajar ini .. mohon link ke universitynewscapital.com

Anonymous said...

arab bodoh juga yang kau puja

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.