Thursday, April 24, 2014

Ketua Menteri Sendiri Akan Buka Pintu Bilik Harta Karun Di Pulau Nangka



Usaha bagi mengenal pasti kewujudan harta karun di Pulau Nangka, semakin menampakkan hasil apabila pintu ke bilik yang menyimpan harta berkenaan disahkan sudah ditemui.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kejayaan itu bakal membuktikan sama ada kewujudan harta karun hanya satu mitos atau sebaliknya.

Menurutnya, pihaknya sudah dimaklumkan bahawa syarikat dilantik, Smart Partnership International Sdn Bhd berjaya menemui pintu berkenaan selepas kajian dijalankan di pulau terbabit.

“Sekiranya tiada aral melintang, saya dan wakil kerajaan negeri akan ke pulau berkenaan pada 28 April ini untuk membuka pintu ke bilik itu.

“Berdasarkan perkembangan ini, saya yakin mereka dapat sampai ke bilik itu menjelang 30 April iaitu tarikh akhir yang diberikan kerajaan negeri kepada syarikat ini,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Idris berkata, penemuan pintu ke bilik rahsia itu merupakan satu kejayaan memandangkan usaha mencari harta berkenaan telah dilakukan sejak 1980, bagaimanapun gagal.

Mengikut kajian, katanya, terdapat lebih 20 bilik di sebalik pintu berkenaan yang menyimpan pelbagai harta dipercayai milik Kesultanan Islam Melaka.

Menurutnya, kerajaan negeri akan menyerahkan tugas-tugas mengeluarkan harta berkenaan kepada Jabatan Warisan Negara apabila ia berjaya ditemui.

Bagaimanapun, beliau berharap Kerajaan Persekutuan akan berkongsi harta berkenaan dengan Kerajaan Melaka apabila selesai tugas mengeluarkannya, memandangkan hasil dari harta berkenaan boleh digunakan untuk pembangunan negeri ini.

Malah, katanya, kerajaan negeri telus dalam menyenaraikan setiap barangan yang ditemui di dalam bilik itu kelak dan akan diumumkan kepada orang ramai.

5 comments:

  1. Nanti bukak je pintu jumpa spenda stopa ali,jam omega al juburi dan 2 bijik buah kelapa raja bomoh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro..lu kelakar lah hehehe....pecah perut aku ketawa dgn member.

      Delete
  2. Jgn. pula lepas ni, Pulau Nangka yg. INDAH dan SUCI ini akan diUBAH oleh si PENJILAT-KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS demi pelancongan, spt., Pulau Langkawi, yg. penuh tradisi PUSAKA Melayu-Islam yg. mahu diKAPIRkan spt. negara KASINO (dan utk kapal-laut org-kaya) Barat-ZIONIS, Monaco!

    Lihat keindahan Pulau Nangka yg. mesti dijaga dan kalau mahu pelancongan dimajukan, biar penduduk kpg. Islam/Melayu sendiri yg. mengendalikannya! Dan jgn. dibenarkan pelancong KAPIR-hampir-TELANJANG bersepah mcm. kat tpt. lain – maka baik bangunkan PELANCONGAN ISLAM, dan menarik pelancong dr. Dunia Islam! Kerana mana ada pusat pelancongan kat dunia ni di mana wanita Islam bertudung/berpurdah dpt. bersantai di pantai tanpa dipandang serong si pelancong KAPIR.hamapir-TELANJANG, walau di Dunia Islam sendiri!

    Lihat di http://pulaunangka.blogspot.com/ :

    Pulau ini terletak di antara pulau bangka dengan pulau sumatra,dihuni sekitar 100KK lebih.Pulau ini masih sangat alami dan memiliki pantai yang sangat indah...

    Pantai Perigi Kapal

    Pantai yang cukup panjang ini terletak tidak jauh dari rumah warga,sekitar 15 menit dengan berjalan kaki. Keunikan pantai ini apabila kita berjalan pasirnya akan berbunyi cukup nyaring. Pantai ini juga memiliki goa,kolam,dan pondok untuk istirahat.

    Pulau Nangka Tanah yang Suci

    Pulau yang penduduknya 100% beragama Islam ini memang terasa sangat istimewah tak seperti kebanyakan pulau yang lainnya. Tidak diketahui secara pasti kenapa hewan tersebut tidak pernah ditemukan di pulau ini padahal pulau nangka memiliki hutan yang sangat lindung dan cukup luas yang biasa dihuni hewan seperti babi. Mungkin Allah memang tak mengizinkan hewan tersebut hidup di pulau ini

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Kesultanan Melayu/PERKASA/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau nangka mana ki cakap ni?
      Pulau nangka ni kecik je sebelah Pulau Besar. Mana ada org duduk kat pulau tu? Adoi....

      Delete
  3. Apa? Harta peninggalan kesultanan Melaka. Jangan siapa pun usik harta tu.....inilah orangnya pewaris harta tersebut......katanya sambil tepuk dada.......olok2 aje....
    Tak lama lagi tentu muncul manusia yang entah dari mana mengaku waris harta itu. Dunia ini bukan bolih sunyi dari penipu2 yang sanggup buat apa saja asalkan bolih menipu. Sampai nak merompak pun kena menipu.
    Kalau benar ada pun harta Karun itu janganlah pula cepat2 nak dilelong. Warisan silam mesti dijaga . Kenangan untuk jenerasi akan datang.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.