Thursday, April 24, 2014

Kit Siang Kata Pakatan Akan Kalah Besar Jika Pas Berkeras Laksana Hudud


DAP hari ini memberikan gambaran bagaimana kekalahan yang lebih besar akan dialami Pakatan Rakyat (PR) dan PAS sekiranya PAS terus berkeras untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Penasihat parti DAP, Lim Kit Siang berkata hudud tidak pernah dan tidak akan memenangi hati pengundi berdasarkan sejarah pilihan raya yang lalu. Malah Pas sendiri pun kalah teruk sebelum bersama pakatan.

“PAS dan PKR hanya menang lapan kerusi Parlimen dan 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) akibat salahlaku Anwar Ibrahim dan gerakan reformasi.

“Walaupun enakmen diluluskan pada 2001, PAS dan PKR hanya memenangi 1 daripada 8 kerusi Parlimen dan 4 daripada 28 kerusi DUN pada PRU11 2004," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata kemenangan PAS dan PKR di Terengganu memenangi 4 daripada lapan kerusi Parlimen dan 15 dari 32 kerusi DUN adalah disebabkan tiada kempen melaksanakan hudud di negeri itu.

Katanya, walaupun “5 Janji Awal Manifesto PAS Terengganu” dan “5 Manifesto PRU13” tidak memasukkan hudud namun ia tidak menyebabkan PAS tewas di Terengganu.

"Apa yang menarik adalah walaupun PAS Terengganu memasukkan pelaksanaan hudud semasa manifesto Barisan Alternatif sebelum 2008, ia tidak menjadikan PAS dan PKR menang lebih banyak kerusi di peringkat DUN.

"Bukankah ini satu petunjuk pengundi di Terengganu meletakkan kepentingan kepada isu lain berbanding pelaksanaan hudud?" katanya.

Lim Kit Siang meminta Presiden Pas memikirkan terlebih dahulu bai dan buruknya penerimaan pengundi apabila Hudud dilaksanakan.

Sementara itu Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan Allah SWT tetapi banyak perkara perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan.

Perdana menteri berkata, banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai," kata Najib.

Beliau berkata kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.

6 comments:

  1. Lim Kit Siang sama seperti Dajjal yg membawa syurga dan neraka,beliau menawarkan kemenangan piliharaya kepada Pas jika tak laksana Hudud di Kelantan ,dan akan kalah besar jika laksana Hudud.Terserahlah pada Pas mahu menang di dunia atau menang di akhirat.Kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  2. Melayu telah serahkan Pulau Temasik kepada China PAP, telah serahkan Pulau Pinang kepada China DAP...perlu serah Malaysia pula baru puas hati?

    ReplyDelete

  3. Aku syak habis ulama-ulama TULEN dlm PAS diBUNUH seorg. demi seorg - disyaki diracun, termasuk yg. boleh sebabkan lemah jantung/kanser dsbnya! Kerana yg . herannya, kenapa PEMIMPIN/BIJAK-PANDAI/RAKYAT dr. umat Islam/Melayu adalah MAJORITI, ditimpa mcm-mcm penyakit. kemalangan, jenayah dan bencana, di Malaysia ini? Kita bukan nak menyoal Takdir, namun angkara JAHAT pd. mangsa dan keluarga mereka, tidak boleh dibiarkan terlepas dlm. Islam (lihat suntikan kimia utk. menyebabkan kanser/sakit jantung/racun di - http://www.globalresearch.ca/the-cia-has-attempted-to-assassinate-50-foreign-leaders-including-chavez/5326864, The CIA has Attempted to Assassinate 50 Foreign Leaders Including Chavez, Global Research, March 15, 2013; dan di - http://imeu.net/news/article0024562.shtml, Israel's History of Assassinating Palestinian Leaders, The IMEU, Nov 6, 2013)!

    Dan sebenaqnya, di Tanah Melayu ini, puak KAPIR GAY/PORNO, Kristian Zionis serta PENYAMAQ Islam PKRPELIWAT/DAPBANGKAI sbg. ejen Illuminati Barat-ZIONIS ini, sedg- mempergunakan sbg. senjata DAJAL mereka, golongan Melayu/Islam yg. LIBERAL/GAY, dlm PKR/PAS/UMNO utk. MEROSAKKAN perjuangan amat BERANI Islam/Melayu, terutamanya lawan MUSUH-MUSUH Islam! Aku juga syak mana-man pemimipin Islam yg. beriya sokong MUSUH Islam, mungkin telah di 'BLACKMAIL', mungkin kerana rahsia GAY/seks SONGSANG mereka atau diperangkap dgn. RASUAH!

    Puak Illuminati ditubuhkan dan dikuasai puak ZIONIS yg. ingin menubuhkan Satu K'jaan Dunia (New World Order/One World Government) - bertuhankan Syaitan, di mana kebebasan individu adalah mutlak utk. berperangai mcm. binatang buas termasuk utk. MELIWAT, merogol anak kecil (Pedofilia); merogol binatang; bebas seks luar-nikah, pornografi, pelacuran dan kegiatan homoseksual; menggugurkan anak; menghisap dadah, minum arak, main judi; merompak /membunuh sesuka hati termasuk melalui perang-perang/penjajahan buas terutamanya ke atas Dunia Islam yg. kaya minyak-gas dsbnya!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Kesultanan Melayu/PERKASA/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  4. Ternyata yg menolak hudud didalam BN adalah orang Cina yg bukan Islam khususnya dari MCA dan Gerakan. Orang Cina sudah menunjukkan warna sebenar mereka selepas PRU 13 kelmarin. Terima kasih kepada orang-orang Cina semua. Tindakan tikam dari belakang mereka itu telah memudahkan pemimpin Islam kita utk buat keputusan. Sebab itu sekarang Kerajaan BN tak perlu lagi mendengar bantahan MCA atau Gerakan ttg hudud.

    Mungkin kawan2 PAS kita x tahu bahawa ramai orang Melayu yg berfikir dan berakal tidak menyokong PAS dan PKR pada PRU 13 kelmarin adalah kerana kuatir dengan dosa syirik. Tidak kah Nik Ajis, DSAI dan Hadi Awang masih dan pernah bersetuju dgn pihak gereja Keristian utk melakukan syirik pada kalimah Allah?

    Usul untuk perlaksanaan Hudud ini kita lihat utk memulihkan kembali aura Keislaman PAS yg tercalar teruk kerana pemimpin PAS begitu takut dan gerun dgn dehem mendiang Karpal Singh dulu. Baguslah teruskan lah usaha perlaksanaan hukum hudud itu. Kita nak lihat bagaimana kerajaan PAS Kelantan akan melaksanakan hukum itu sebab di kalangan pemimpin PAS sendiri ada beberapa orang yg akan berpotensi utk "di hududkan" kelak.

    ReplyDelete
  5. Kerajaan BN mampu bertahan semasa PRU 13 kelmarin kerana mempertahankan kalimah Allah dari disyirikkan olih parti pembangkang. Lim Kit Siang dah beri signal message dari hatinya ...PEMBANGKANG AKAN KALAH LEBIH BESAR KERANA HUDUD. Sebenarnya beliau sudah nampak parti kiasu Cina DAP itu akan menggigit jari sahaja pada PRU 14 nanti. Beliau tahu dan sedar bahawa persetujuan kpd isu hudud ini majoriti orang Melayu Islam akan bersatu. Ini sekali gus akan memerdekakan bangsa Melayu dari terpaksa bergantung kepada undi Cina dan orang bukan Islam. Alhamdulillah …. Inilah yg paling LGE, LKS dan mendiang Karpal Singh takotkan.

    Beliau pun tahu bahawa cuma orang seperti Nik Ajis dan Hadi Awang sahaja yg mampu utk memecah belahkan ikatan silatulrahim itu. Kepada Nik Ajis dan Hadi Awang ingatlah hadis nabi yg berbunyi" Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)".

    Utk kali ini janganlah tiup semangat kepartian yg sesat itu lagi. Sudah sudah lah ….. Ingatlah firman Allah yg maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)

    ReplyDelete
  6. Untuk pas ini baru satu dugaan. Banyak lagi dugaan yang bakal mendatang. Pas jangan lagi berdolak dalik. Hudud ini sudah jelas disokong semua islam. Pas mesti teruskan walau pun tidak mendapat restu dap. Ini kerja islam bukan kerja main2. Kayuh pas kayuh jangan break setengah jalan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.