Thursday, April 10, 2014

Kotak Hitam Hanya 3.4km Dari Lokasi Isyarat


Kotak hitam pesawat berada kira-kira 3.4 kilometer di kedudukan 100 darjah arah tenggara dari lokasi isyarat akustik kedua yang dikesan di dasar Lautan Hindi, pada Sabtu lalu.

Lokasi berkenaan adalah jangkaan yang telah dibuat oleh seorang Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Omar Kassim Ariff berdasarkan kaedah statistik dengan mengambil kira empat isyarat akustik yang dikesan Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield.

Empat minggu selepas kehilangan pesawat MH370, para pencari melancarkan operasi terbesar di selatan Lautan Hindi semalam untuk cuba mencari kotak hitam pesawat setelah hayat baterinya kehabisan kuasa.

Sejumlah 10 pesawat tentera, tiga jet awam dan 11 kapal meronda kawasan seluas 217,000 kilometer (km) persegi di lokasi yang terletak sekitar 1,700 km ke barat daya bandar raya ini.

Pihak berkuasa percaya pesawat tersebut jatuh di lokasi tersebut pada 8 Mac lalu bersama 239 penumpang dan anak kapal.

"Walaupun kami belum menemui apa-apa dalam tempoh empat minggu ini, kami akan meneruskan pencarian kerana banyak objek dalam pesawat itu akan terapung," kata ketua agensi Australia yang menyelaras operasi tersebut, Ketua Marshal Udara (Bersara) Angus Houston.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.