Friday, April 25, 2014

Luahan hati isteri pramugara dakwa kerajaan rekacipta plot Kehilangan MH370




Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram.

Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.


Luahan Intan Maizura:
Screen Shot Facebook Intan Maizura


“Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar,” tulisnya.

Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan “masih ada” dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang.

Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang.

Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas.

Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini.

“Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu,” ujar waris berkenaan.

Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian.

“Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body’ pun jadilah.

“Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa,” jelasnya.

Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris. Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

“Saya tak tahan dengar dan terus balik,” katanya.

Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.

Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi.

Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu

Astro Awani

8 comments:

  1. Sabarlah Intan,sabarlah sayang.Kuatkan Iman,tabahkan hati.Demi anak,demi janin yang Intan kandung.Walau apapun takdirnya.......yakinlah pada ketentuan ALLAH SWT.Dah lebih 40 hari,sewajarnya Intan dah katam 30 juzuk al Quran.......hanya ALLAH SWT.Yang Maha Mengetahui.Ketenangan akan Intan miliki andai Intan berserah padaNYA.Sifat dan sikap bayi Intan akan terjejas jika Intan tidak bertenang.Sabarlah sayang......

    ReplyDelete
  2. Hanya Allah yang tahu apa yang berlaku. Semua orang perlu muhasabah dan berdoa. Jangan menunding jari dimana boleh mengakibatkan fitnah. Kita perlu redha dan bersabar. Saya pun kehilangan anak tapi saya redha. sekiranya beliau masih hidup Alhamdullilah kalau ditakdirkan tiada maka terimalah dengan hati terbuka. Jangan salahkan Kerajaan dan buat andaian bodoh yang boleh terjerumus diri kita kepada tidak yakin kepada Allah dengan ujiannya dan bersimpang jauh kepada amalan menyalahkan orang, fitnah dan kekufuran. Kemarahan, kemiskinan dan kekecewaan boleh menuju kita kepada kekufuran. Bersabar dan berdoalah.

    ReplyDelete
  3. Tidak dinafikan bagaimana tertekannya perasaan seorang isteri yang sedang mengandung bila suami tempat bergantung hilang entah kemana yang tidak pasti masih hidup atau sudah mati. Jeritan rasa sedih dan pilu dijiwa melangkah keluar dari kekuatan menahan sabar yang ada. Tika inilah rakan dan taulan amat diperlukan untuk membantu menenangkan glora dijiwa yang sedang berhempas pulas demi menerima kenyataan bahawa suami dikasihi telah hilang.
    Malangnya ada manusia berwajah syaitan menimba kepentingan untuk kelompok tertentu dengan bermain sentiman perasaan meniup api menyalahkan orang lain diatas kejadian berlaku hingga kepercayaan kepada takdir terus melonggar. Sikap munafik sebegini telah berkembang subur dikalangan algojo2 politik songsang di Negara ini sekarang dengan berselindung dibalik topeng2 hudud yang tidak pernah menjadi kenyataan.
    Kepada isteri malang diatas - saya nasihatkan anda letaklah ketentuan Ilahi dihadapan anda. Anda tidak bolih lari walau satu langkah pun dari ketetapannya yang telah tercatit di Lauhul Mahfuz. Bukan anda seorang sahaja yang kehilangan suami tika bertugas, malah cukup ramai lagi diluar sana. Andai mereka bolih bersabar menerima dugaan Ilahi maka anda pun bolih membina kekuatan diri untuk menerima hakikat kejadian yang telah berlaku dengan kesabaran dan pasrah kepada kehendakNya. Janganlah anda terbawa2 dengan berita spekulasi yang dicetuskan olih manusia berjiwa syaitan yang cuba mempengaruhi diri anda. Berbanyak2 berdoa memohon ketenangan jiwa kepada Yang Maha Berkuasa. Insyaalah berhasil.
    Perjalanan hidup ini dalam likupan masa terhad ditentukan, menuntut kita mencari bekalan , untuk sebuah kehidupan sebenar lagi kekal, disatu alam yang pasti ada walau kita hanya mampu mendengar sahaja beritanya.

    ReplyDelete
  4. kalau kerajaan menyembunyikan sesuatu yg berkaitan perkara ini..memang,di akhirat kelak mereka akan menanggungnya..(kalau)....tp andai tuduhan isteri yang malang ni x benar plak...cmne ye..1. Fitnah, .2..berburuk sangka sesama makhluk..same je...dekat akhirat tetap terima gak balasannya...so ayat yng last pada instag dia patutnya " jika kalian..ATAU SAYA..tidak mendapat balasan atau petunjuk di dunia..sudah tentu akhirat jua tempatnya.."..t.q

    ReplyDelete
  5. Mula -mula ingat cerita seorang ibu Cinabeng kat China. Nak duit lebih atau sengaja nak buruk-burukan MAS, DCA atau kerajaan UMNO.

    Rupanya-rupanya datangnya dari seorang ibu Melayu Islam Malaysia.

    Kesimpulanya, adakah kecuaian pihak tertentu mengakibatkan kematian atau kehilangan semua penumpang tersebut.

    Yang bahlol asyik minta orang doa Dan bersabar tu, kau tunggu sajelah bila malang menimpa keluarga atau diri mu. Cara tu tak Akan kembalikan nyawa atau memperbaikki keselamatan penerbangan, tau tak?

    ReplyDelete
  6. sabarlah intan. kalau kerajaan nak rekacipta pasal mh370 boleh je dia kata serpihan2 yg dijumpai tu dari pesawat tersebut. boleh saja mereka cakap debris yg dijumpai adalah dr pesawat malang tersebut. boleh saja mereka cakap tumpahan minyak yg dijumpai adalah minyak pesawat malang itu. tapi mereka say no no no. percayalah intan. selama ini mungkin mereka meminjam kekuatan kamu yang sangat redha untuk mereka meneruskan pencarian. percayalah. mereka juga sama bingung macam kamu. tp mereka tak putus asa. harap intan juga tak putus asa. bantulah mereka juga. pintalah pada Allah agar membuka hijab dan memberijawapan kepada pencarian ini. sekarang ini memang sukar nak kita percaya kepada sesiapa tap kta wajib percaya Allah itu tempat bergantung. kami yg tiada kena mengena dengan pesawat ini pun sentiasa berdoa semoga Allah membuka hijab rahsia ini. mari kita doakan jika seorang jemaah baaru balik umrah nampak pesawat di laut andaman adalah petunjuk dr Allah, kita berdoa agar disingkap semua sekali rahsia ini. sabarlah akan ada sinar menelan kabus. in sha Allah

    ReplyDelete
  7. mentang-mentanglah 'mati'nya naik kapalterbang matinya berdarjat, menjerit-jeritlah sampai lupa Tuhan. Tak pernah pulak tengok waris penumpang mati naik bas jatuh gaung menjerit-jerit, sebab matinya naik bas sahaja.

    ReplyDelete
  8. yang bahlolnya anon 11.20am ,Allah Maha Berkuasa,seluruh alam ini kepunyaanNya,Dia Maha Pencipta,Dialah yang menentukan taqdir kita,hanya doa yang bisa membantu makhluk itupun dengan keizinan Allah jua...........Kerajaan,DCA dan MAS wajib waspada,musuh di sekeliling kalian,selepas MH370......5 penerbangan lain turut bermasalah........

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.