Wednesday, April 16, 2014

Mahkamah Putuskan Wan Muhammad Azri Bukan Papa Gomo


Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini bukan pengendali laman blog Papa Gomo sepertimana yang didakwa sebelum ini.

Keputusan tersebut berikutan Peguam kepada Datuk Shukri Mohamed, Hisham Fauzi, gagal membuktikan Wan Azri sebagai Papa Gomo dalam tuntutan saman RM10 juta terhadap defendan.

Ketika membacakan keputusan, mahkamah mendapati tiada sebarang dokumen yang boleh membuktikan Wan Azri sebagai Papa Gomo malah keterangan saksi plaintif bukan satu bukti sahih yang boleh disahkan oleh mana-mana dokumen rasmi.

Mahkamah kemudiannya memutuskan Shukri membayar kos mahkamah sebanyak RM10 ribu kepada defendan.

Sebelum ini Shukri memfailkan saman terhadap Wan Azri yang dikatakan sebagai Papa Gomo berikutan terbitan artikel dalam blog bertajuk 'Ratusan Ribu Wang Lesap Disamun Penasihat Sultan Kelantan' beralamat di www.papagomo.com pada 4 Mei 2011.

Tuntutan Shukri juga meliputi arahan Wan Azri mengemukakan permohonan maaf secara terbuka termasuk mengiklankannya di akhbar berbahasa Melayu tempatan.

6 comments:

  1. SYUKUR ALHAMDULILLAH! Ramai mangsa kemalangan jlnraya dan industri serta pembunuhan/rompakan, yg. majoriti adalah umat Islam/Melayu, boleh MATI KATAK, tanpa sebrg. pampasan mahupun keadilan undg-undg utk- keluarga malang mereka atau bila mereka ditimpa kecacatan selamanya - ini mangsa saman boleh nak tuntut utk-jadi-kaya-cepat, sampai berpuluh juta!

    Inilah undg-undg KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS - baik saja NEGARA ISLAM kita amalkan hukum HUDUD dgn. segera di Tanah Melayu, pusaka nenek moyang kita dr. sebelum dijajah si KAPIR LAKNAT Barat-ZIONIS dan mana-mana puak pendatang KAPIR yg. dibawa si PENJAJAH buas tu!!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  2. PEMBETULAN: (perenggan pertama)

    SYUKUR ALHAMDULILLAH! Ramai mangsa kemalangan jlnraya dan industri serta pembunuhan/rompakan, yg. majoriti adalah umat Islam/Melayu, boleh MATI KATAK, tanpa sebrg. pampasan mahupun keadilan undg-undg utk- keluarga malang mereka atau bila mereka ditimpa kecacatan selamanya - ini PENYAMAN kes 'fitnah' boleh nak tuntut utk-jadi-kaya-cepat, sampai berpuluh juta!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa mangsa bunuh kena dapat pampasan? pasal apa dia kena bunuh? sapa nak kena bayar? sapa bunuh dia?

      Delete
    2. Mkcik smbl belacan...apa hg dok merapu ni?ckp direct je lah tk payah lah berkias kias.

      Delete
  3. Alhamdulilah...tahniah PAPAGOMO...teruskan perjuangan.....

    ReplyDelete
  4. Sokong papagomo lawan pencinta lgbt

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.