Monday, April 21, 2014

Mahkamah Rayuan Gugur Pertuduhan Terhadap Alvian-Vivian Yang Menghina Islam


Mahkamah Rayuan hari ini menggugurkan pertuduhan mempersenda umat Islam pada bulan Ramadan dihadapi pasangan lucah paling kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee, kerana ia tidak terpakai bagi bukan Islam.

Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Mohtarudin Baki juga memutuskan pertuduhan mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan tidak dapat dikuatkuasakan terhadap pasangan itu.

Hakim Mohtarudin yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Rohana Yusof dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat berkata, panel membenarkan rayuan dikemukakan pasangan itu untuk membatalkan pertuduhan kerana terikat dengan keputusan Mahkamah Agung 1988 dalam kes Mamat Daud dan Lain-lain lawan Kerajaan.

Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 26, dan Vivian atau Lee May Ling, 25, telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan pertuduhan ke atas mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi, ketika menolak permohonan pasangan itu pada 21 November tahun lepas, memutuskan Seksyen 298A (1)(a) terpakai bagi semua kaum dan sah serta boleh dikuatkuasakan secara universal tanpa mengira kaum, etnik atau agama seseorang dan bahawa seksyen itu terpakai pada kedua-dua perayu dalam kes ini.

5 comments:

  1. Tak heran dgn verdict ni. Dah bole agak. Skrg melayu je kena kalau buat silap. Kaum lain boleh buat je sesuka hati.

    ReplyDelete
  2. Ya begitulh nmpaknya, Melayu dan Islam akan hilang kuasa sedikit demi sedikit, sampai mahkamah pun tak boleh buat apa2. Dah terang lagi bersuluh Islam dan melayu dhina namun lepas begitu sahaja...

    Ayuh Islam dan orang Melayu.....Fikirkan apa harus kita buat sekarang dan masa depan!!!

    ReplyDelete
  3. Anwar tak PM pun dah gini.

    ReplyDelete
  4. Mesejnya jelas. Kafir boleh sindir dan hina islam. Ayuh, kalau undang2 tak boleh selamatkan maruah islam jom kita bertindak sendiri. Lepas ni jangan ada yang menyesal.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.