Tuesday, April 29, 2014

Mangsa dibenarkan telefon keluarga setiap hari


Seorang pelajar dari Shanghai, China yang merupakan antara dua wanita mangsa culik di Singamata Resort, Semporna awal bulan lalu dibenarkan membuat panggilan telefon kepada keluarganya hampir setiap hari.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, maklum balas risikan juga mendapati keadaan kedua-dua mangsa culik berada dalam keadaan selamat dan sihat.

“Pihak berkuasa keselamatan Filipina kini telah menghampiri lokasi kedua-dua wanita terbabit disembunyikan selain berusaha melakukan tindakan terbaik bagi menyelamatkan mereka tanpa mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

3 comments:

  1. Culik di Negara ini. Tetapi sarang penculik di Filipina. Tak ada pula culik di Filipina dan sarang penculik di Negara ini.
    Kena culik , curi, samun dan rompak tu memang susah diatasi terutama melibatkan orang luar. Tapi bab membantras kumpulan2 penyangak dalam Negara memang PDRM bolih dipuji.
    Dalam pada tu pun PDRM masih lagi dikecam olih hantu2 politik tertentu. Penyangak politik katakan.........

    ReplyDelete
  2. Tak pernah aku dengaq penculik 'baik hati' mcm. ni - sampai si mangsa boleh talipon China tiap-tiap hari! Sebab itulah aku syak penculikan ini adalah berdasarkan politik -. yg. disyaki didalangi subahat China dan Mossad-Israel/ZIONIS-CIA/US-MI6-NATO, dan ejen tempatan mereka dr. DAPBANGKAI/PKRSODOM/PENGGANAS Red Bean/Geng Kongsi Gelap, utk. terus memburukkan K'jaan ISLAM kat Tanah Melayu ni dan memaksa Esscom, bekerjasama lebih rapat dgn. China/Barat-ZIONIS mahupun tentera Filipina yg. dikuasai Barat-ZIONIS!!

    Aku rasa artikel terbaru yg. amat BERNAS dan penuh teliti oleh Azri Shukri tentang hubungan makin rapat yg. amat mencurigakan antara China-si-DALANG-DUA-MUKA dan Israel/Amerika , adalah PENTING sekali - yg. mungkin berkaitan rapat dgn. kehilangan MAS kita! Apalagi China juga telah memberikan data satelit yg. palsu di Laut China Selatan tak lama dulu, yg. jelas mengalih perhatian dr. Diego GarCIA, di minggu pertama yg. kritikal. Bahkan aku makin syak saintis-saintis China atas MAS itu mungkin juga terlibat, bersama ejen Mossad/CIA – sedangkan kita ingat mereka yg. jadi sasaran selama ini!http://azlishukri.blogspot.com/2014/04/misteri-mh370-ayunan-timur-barat-episod.html:

    Misteri MH370 : Ayunan Timur Barat (Episod ke-8)

    Oleh Azli Shukri

    April 16, 2014

    Dalam tempoh yang amat singkat - sekitar 22 tahun, hubungan antara China dengan Israel telah sampai ke skala yang sangat besar dan luas. Hubungan kedua-duan buah negara ini memuncak dalam lawatan bersejarah Presiden China Jiang Zeming ke Israel pada tahun 2000. Empat presiden Israel dan tiga perdana menteri, termasuk yang paling baru-baru ini, Perdana Menteri Bejamin Netanyahu dalam Mei 2013, telah membuat lawatan diplomatik dan perdagangan ke Beijing.... Dan tidak mustahil MH370 adalah "bahan ujikaji" terhadap pertemuan baharu dalam teknologi eroangkasa antara China dengan Israel. Masalahnya sekarang ialah - teknologi apakah yang sedang dibangunkan oleh China dan Israel sehingga (jika benar) mereka berupaya "melarikan" dan "menghilangkan" MH370 sehingga ke Lautan Hindi?

    Dianggarkan bahawa Israel telah menjual senjata bernilai USD$ 4 bilion kepada China dalam tempoh tersebut. China sangat menginginkan teknologi termaju Israel yang mana ia tidak mampu diperoleh daripada Amerika Syarikat mahpun Rusia.

    Kini, Israel telah menjadi pembekal senjata terbesar kepada China selepas Rusia.....

    Dan sekiranya kita melihat kebelakang - untuk seketika, yakni beberapa bulan sebelum MH370 di laporkan hilang di samudera, kita akan dapati bertapa "intim"nya China-Israel melalui beberapa kerjasama yang telah ditermeterai.

    Enam bulan sebelum MH370 disahkan hilang - Presiden Universiti Tel Aviv, Profesor Joseph Klafter, dan Profesor Zhang Zhi, Presiden Universiti Jiao-Tong di Shanghai, telah menandatangani perjanjian untuk mewujudkan Pusat Penyelidikan Khas Pengajian Israel di kolej-kolej di China. Pusat penyelidikan tersebut akan menangani isu-isu semasa di Timur Tengah dan Israel. Ini merupakan pusat penyelidikan yang pertama dan seumpamanya di China. Perjanjian tersebut ditandatangani di hadapan Duta Israel ke China, Matan Vilnai, pegawai konsular Israel dan wakil-wakil dari komuniti perniagaan, dan golongan Yahudi.

    Sebulan kemudian, pada Oktober 2013, hartawan Cina Li Ka-Shing, seorang ahli perniagaan Asia yang paling kaya, menderma sebanyak USD$130 juta untuk Technion Institute of Technology milik Israel, sebagai sebahagian daripada usaha sama dengan Universiti Shantou yang akan menubuhkan Technion Guangdong Institute of Technology (TGIT).....

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  3. Dalam hal ini aku setuju dengan Mak cik . Kadang2 sambal Mak cik kurang pedas. Sambal ni kena pedas baru kaw Mak cik ooi....baru berdesing lubang telinga... Lawak saja Mak cik.....jangan marah pula......hehehehe..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.