Monday, April 7, 2014

MAS Pernah Pecat 3 pramugari yang Terlibat Dalam Demontrasi Di Putrajaya



Malaysia Airlines (MAS) pernah menggantung khidmat Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), Mohd Akram Osman dan memecat tiga pramugari kerana terlibat dalam perhimpunan di Putrajaya pada 27 November tahun lalu.

Mohd Akram yang berkhidmat sebagai Ketua Pramugara MAS selama 25 tahun dengan MAS didakwa melanggar tugasnya kerana menghadiri perhimpunan tersebut dan menggunakan khidmat email syarikat untuk kegunaan kesatuan.

Tiga pramugari yang dipecat pula didakwa atas alasan menghadiri perhimpunan tersebut tahun lalu.


Pada 27 November tahun 2013, Nufam bersama ahlinya terlibat dalam mengadakan satu himpunan di hadapan Kementerian Sumber Manusia untuk menghantar satu memorandum mendesak supaya pihak MAS menambahbaikan kebajikan mereka.

Selepas itu Nufam menjadi panas dan hubungan antara Nufam dan MAS semakin dingin. 

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.