Friday, April 11, 2014

Mat Bangla saman kerajaan RM3 juta kerana dirotan hingga "hilang keupayaan Kelelakian"


Seorang warganegara Bangladesh ditangkap dan kemudian dipenjara serta dihukum tiga sebatan oleh majistret tahun lalu, walaupun mempunyai permit kerja yang sah sehingga Julai tahun ini.

Alamin Sheikh Badsha Sheikh, 28 disebat antara 19 Julai hingga 18 November tahun lepas apabila mengaku bersalah.

Pekerja itu tidak membawa dokumen perjalanan dan permit kerja ketika ditahan dalam sekatan jalan raya polis di Bukit Mertajam pada 6 Jun tahun lepas.

Dokumennya sebaliknya disimpan oleh majikan.

Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang pada 25 Oktober tahun lalu menyemak semula kesnya dan mengetepikan sabitan bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen itu.


Alamin memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia, ketua pengarah dan pegawai penyiasat Jabatan Imigresen, ketua polis negara, ketua polis Pulau Pinang dan pegawai penyiasat polis sebanyak RM3 juta.

RM3 juta itu dituntut bagi tiga sebatan terhadapnya, atau RM1 juta setiap sebatan.

Menurut peguam, Alamin memfailkan pernyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini dan menyaman defendan kerana liabiliti gantian atas kecuaian, ketidakcekapan kerja dan menjalan hukuman pada orang yang tidak bersalah.

Alamin juga menuntut ganti rugi “kehilangan kelelakiannya” /"mati pucuk" ekoran sebatan itu, hilang pendapatan RM1,300 sebulan untuk lima hari tidak bekerja, untuk kemurungan dan juga RM25,000 sehari untuk tempoh 90 hari untuk salah penjara (tiga bulan).

10 comments:

  1. Kesian dia
    Hmmm

    Apa sudah jd dgn Mahkamah ?

    ReplyDelete
  2. Eloklah Kerajaan mengaku bersalah dan membayar si mamat ni.
    Tetapi pegawai2 imigresen yg terlibat mesti dikenakan tindakan buang kerja atau masuk jel supaya menjadi pengjaran utk masa depan.
    Sungguh cuai dan memalukan negara.

    ReplyDelete
  3. Mahkamah anakdidik anwar ibrahim. Majikan mat bangla itu pun perlu didakwa.

    ReplyDelete
  4. Setuju ...kenakan tindakan kpd penjawat yg tidak ikut prosedur....sepatutnya pergilah tangkap majikannya ..tu....apasal dia pulak yg nak kena sebat?...dah tu pulak sebat sampai mati benda tu...walaupun mereka bangla ...tetapi hak dan prosedur mestilah diikuti...dera lah cara yg tak ada kesan...

    ReplyDelete
  5. Pegawai2 kerajaan tu sah penyokong kuat pkr

    ReplyDelete
  6. bangla ni ada permit kerja. sah tinggal disini. kena tangkap kerana keluar tak bawa passport. kena hokum sebat 3 rotan. hukum apa macam ni? dak tu sampai lingkup anu dia. jadi macam lembu kasi jawabnya. barangkali mahkamah zaman batu yang hukum bangla ni......nanya dia...

    ReplyDelete
  7. Kalau dia dah sendiri mengaku bersalah, adakah sistem yg silap? Siapa suruh dia mengaku bersalah? Takkan lah majistret tak siasat betul2 pengakuan? Kalau dia ada dokumen, siapa suruh cakap sendiri salah? Jadi yg silap di sini, mungkin majikan juga, saman majikanlah. Mana dia boleh simpan pasport pekerja? Adakah itu undang2 y g dibenar utk majikan simpan pasport?

    Kalau sebat mesti dijalan oleh org yg betul2 bertauliah. tapi kdg2 kalanya benda yg aneh boleh berlaku. doktor surgeri pun bertauliah utk bedah, tapi kalau doktor tu dah ikut prosedur, dan pesakit mengalami komplikasi, jadi doktor salah ke?

    kalau sebatan itu betul caranya, mana boleh dipersalahkan org yg menyebat dan sistem tersebut?

    Kes ini kalau tak diperhalusi dgn betul2, nanti org kena sebat akan saman kerajaan senang2 aja.. memanglah sebatan akan menyebabkan kecedraan kulit dan keesakitan.. tapi dlm banyak2 sebatan, mana ada kes mcm ini terjadi.. mungkin disebabkan penyakit dia yg sedia ada.. atau disebabkan kemurungan dia duduk penjara atau trauma psikologi dari sebatan (bukan trauma fisikal)

    ReplyDelete
  8. Tk perlu tunduk pd saman si bangla ni...ini semua lawyer punya keja nk cr duit lebih.dah lah dtg dr bangladesh ada hati nk saman kerajaan...cibai punya bangla...tiu na mahai

    ReplyDelete
  9. Siloony - ejen Barat-ZIONIS (berpusat di Bangkok) yg. repotnya siar gambar SEBATAN (canning) kat atas tu, nak memburukkan lagi K'jaan Malaysia - dan akan minta SEBATAN (canning) dan hukuman mati dihapuskan, tengoklah nanti! Maka penjenayah BUAS, termasuk tajaan Barat-ZIONIS serta si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRPELIWAT akan teruslah bermaharajalela kat M'sia ni!

    Tapi, yg. herannya, kenapa pekerja Islam Bangladesh ini disebat kalau dia sah dan passportnya disimpan bosnya? Kenapa BOSnya yg. tak diSEBAT?! tapi K'jaan janganlah TUNDUK sama sekali utk. menghapuskan SEBATAN dan hukuman mati - dan apa bukti "keupayaan kelelakian" lelaki Bangladesh ni rosak akibat sebatan sedgkan sebatan kat belakang?! Tak logik lansung!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  10. Untuk pengetahuan semua kawan saya ada 4 órg yg kena hukuman sebat atas tuduhan memiliki ganja. Mereka ni bukannya pengedar tapi utk kegunaan sendiri je. Masing2 dikenakan 10 sebatan dan 5th penjara.. Perkara ni berlaku 15th yg lepas.. Kesemua kawan2 saya tu mati pucuk.. Adilkah hukuman sebegitu? Tujuan hukuman adalah untuk memberikan kesedaran atas kesalah yg mereka lakukan.. Memang mereka merosakkan hidup mereka tapi dgn hukuman sebat yg dikenakan menambahkan lagi kerosakkan pada mereka.. Adilkah begitu? Apa akan terjadi pada mereka jika mereka hendak berkahwin. Kalau yg sudah berkahwin apa akan terjadi pada isteri mereka? Perlu di ingatkan hukuman sebat ni dibuat oleh org british ditanah jajahan mereka termasuk malaysia. Org british tak jalankan hukuman sebat terhadap rakyatnya krn mereka tahu kesan sebatan tersebut membinasakan sistem
    tubuh badan yg tertentu.. Itu lah agenda yahudi yg ingin menghancurkan umat islam!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.