Tuesday, April 22, 2014

Mat Sabu Kata Karpal Tak Pernah Hina dan Tentang Hukum Hudud


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu@Mat Sabu berkata mendiang Karpal Singh yang dihina mayatnya tidak pernah menghina dan menolak hukum hudud. Malah Karpal Singh membantu Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Mat Sabu berkata, tindakan sesetengah pemimpin politik dan ahli Parlimen yang menghina mayat Karpal merupakan tindakan jijik dan kotor serta tidak mencerminkan ajaran Islam seperti dirinya.

"Karpal tidak pernah menghina dan menolak. Cuma dia bercakap hudud bertentangan dengan Perlembagaan, itu sahaja” katanya.

Mat Sabu berkata, beliau pelik melihat pemimpin Umno yang sebelum ini bersungguh-sungguh mahu menyokong PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

'Mat Sabu yang sanggup makan babi bersama Lim Guan Eng' turut mengecam tindakan ahli Parlimen Langkawi yang dikatakannya menghina mendiang Karpal Singh.

Mat Sabu yang juga ahli lembaga pengarah lembaga air Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya individu  yang menghina Karpal Singh dalam media sosial kerana jasa Karpal untuk negara adalah sangat besar.

Mat Sabu pernah bercadang jika pakatan memerintah negara, Chin Peng akan dibawa balik ke Malaysia dan diberi gelaran Tun kerana Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan yang sebenarnya.

Mat Sabu bersama Tian Chua akan mengetuai demonstrasi besar-besaran atas nama GST tetapi untuk mempertahankan Anwar Ibrahim pada 1 Mei nanti di Dataran Merdeka.

2 comments:

  1. Putar alam yg suruh langkah mayat dia apa ke he Bang Mat ooiii.Nampak mcm mata dajjal pulak.

    ReplyDelete
  2. Tun M kata melayu mudah lupa. Tapi sekor ni lupa tempat dia berpijak. Mungkin dalam cermin dia nampak mata dia sepet atau pun nampak turban atas kepala dia.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.