Sunday, April 20, 2014

Mayat Siap Kafan Dijumpai Dalam Bendang Di Kampung Tuba




Seorang pesawah yang mahu membersihkan bendangnya di Kampung Tuba, Pokok Sena dekat sini hari ini, terkejut apabila objek yang ditarik keluar dari petak sawah menggunakan cangkul merupakan mayat seorang lelaki.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, Saari Ariffin, 68, berkata dia ternampak satu objek yang seakan-akan kepala manusia ketika mahu membersihkan petak sawah tersebut.

"Saya menggunakan cangkul untuk menariknya keluar dan alangkah terperanjatnya saya apabila mendapati objek itu ialah mayat yang seolah-olah sudah dikafankan," katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Saari berkata dia sudah dua bulan tidak ke sawah yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya di Kampung Tok Keling.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan yang mengesahkan penemuan berkata mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditanam di dalam lubang sedalam 0.6 meter.

Polis percaya mayat tersebut dibuang di situ sejak seminggu lalu berdasarkan pemeriksaan awal yang mendapati mayat sudah mereput 60 peratus, katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk dibedah siasat.

Sumber

2 comments:

  1. Aku harap sangat mayat tu bukan Makcik Belacan. Aku tau dia bukan orang Aloq Staq. Aku tau dia bukan pandai buat bendang. Perabih beraih dia tau la...

    Heh heh heh... Sahih dah bukan Makcik Belacan. Pasai mayat tu jantan.

    ReplyDelete
  2. musuh politik mr bean ke yg mati tu?

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.