Tuesday, April 8, 2014

MB Mana yang Simpan Perempuan Simpanan?


Bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar (MB) dikatakan menuntut RM3 juta kerana MB mungkir janji memberi satu projek kepadanya.

Menurut sumber, bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.

Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013.

Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu.

Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta.

Pada tahun lepas MB telah memberi RM800,000 kepada ahli perniagaan tersebut dan bakinya sebanyak RM2.2 juta akan dibayar kemudian.

Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak puas hati kerana MB belum menunaikan janjinya untuk membayar baki sebanyak RM2.2 juta.

Bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB.

Difahamkan ahli perniagaan itu cuba menghubungi MB untuk mendapatkan baki RM2.2 juta seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi tidak dapat menghubungi beliau.

1 comment:

  1. Maksudnya..
    Mangkuk hayun tudah jd MB sblm PRU

    Dr utara
    Perlis., MB baru
    Kedah, melaka, johor pun sama
    Kelantan x mgkn weh. Tok guru mana buleh lagu tu

    So yg tinggal jeng jeng jeng

    Penang ? Mgkn kot. Hehehe. Bnyk duit berterbangan woo
    Perak ? Hmm. X nampak berduit sgt
    Selangor ? Ceh. Penasihat ekonomi pun gaji rm1 !!
    N9 ? X kot. Dia dulu pun dah kaya. Kalau nak cr skandal, dulu boleh..
    Pahang ? Hehehe. Low profilemamat yg nyaris hilang telinga ni
    Terengganu ? X kot. Dia all out utk rakyat dia. Tahan lori gardenia pun sanggup !!

    So saper yer ?
    Sabah n sarawak ? X kot. Mana ada MB. KM ada la

    Mari tunggu tgk sapa yg kena !!!!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.