Wednesday, April 23, 2014

Meninggal dalam keadaan sujud



Seorang nelayan, Yusof Ali (gambar kecil), 65, ditemui mati dalam keadaan bersujud di dalam sebuah bot gentian kaca di jeti nelayan Bukit Kuang di sini pagi semalam.

Mangsa yang merupakan penghidap asma ditemui rakannya, Mohd. Azwan Ramli, 32, pada pukul 8.15 pagi.

"Ketika saya minum di sebuah warung pada pukul 8 pagi, seorang kawan memberitahu tentang keadaan mangsa yang agak mencurigakan di dalam bot apabila dia kelihatan bersujud begitu lama.

"Saya kemudian pergi ke jeti dan memanggil mangsa namun dia tidak menyahut. Apabila mendekatinya, alangkah terkejutnya saya mendapati Yusof sudah meninggal dunia," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

2 comments:

  1. BILA TERAMAT SAKIT ''BIASANYA'' POSISI BEGITU
    LAH UTK TAHAN SAKIT

    ReplyDelete
  2. Saat saat akhir, yg biasa aku ngadap, org nak mati ni, bg yg tak koma tu, sebelum longlai seluruh anggota, keadaannya extended atau istilah perubatan decerebrate posture, kepala mendongak, tgn kaki menegak, hujung hujung jari tgn dan kaki, buku lali juga melurus, tulang blkg juga menegak, mata ke atas. Suara nafas pula mendengus. Pastu terus diam, anak mata pun dah membesar, tak respon kalau disuluh. CPR ke apa ke, mmg tak de maknanya pastu.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.