Tuesday, April 22, 2014

Mohamad Hasan Kata Jawatan Menteri Besar Adalah Bidang Kuasa Perdana Menteri




Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kedudukan dan pelantikan seseorang menteri besar berada dalam bidang kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam hubungan ini, Mohamad berkata beliau menerima apa sahaja keputusan perdana menteri berhubung kedudukannya.

"Sebagai seorang yang bekerja (berkhidmat), bertukar porfolio ini adalah sesuatu yang biasa....lumrah alam. Lumrah dalam kita bekerja. Kita menjalankan tugas di mana apabila kita dikehendaki bertukar atau pun disuruh untuk bersara, kita menerima dengan dada yang lapang....usah menangis-nangis," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar harian semalam berhubung ura-ura dua menteri besar bakal digantikan tidak lama lagi.

"Jadi, kalau perdana menteri rasakan sudah sampai masanya menteri besar A dan menteri besar B, perlu diganti, maka itu terpulang kepada beliau," kata Mohamad.

1 comment:

  1. anti-LGBT , PR dan Ad-DajjalApril 22, 2014 at 9:27 AM

    Aku harap semua MB dan KM BN berfikirlah secara terbuka macam Tok Mad kita ni. Kedudukan ko orang pun adalah diatas ihsan PM dan pengundi. Berkhidmatlah semata2 untuk kepentingan rakyat dan negara walaupun dewasa ini nasihat aku ini akan ditertawakan oleh majority penyokong BN dan PR. Depa mesti habaq mana ada orang yang pikiaq lagu tu. BAgaimanapun kalau MB2 dan KM2 yang kat atas tu berfikiran macam yg aku nasihat kan ni, dah lama kita boleh bakul sampah kan saudara B.A.B.I kita tu dan sekutu2 puaka yang bersekongkol dengan dia.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.