Saturday, April 12, 2014

Nik Aziz Semakin Yakin Kafir DAP dan PKR Terima Hudud


DAP hari ini menegaskan bahawa mereka tetap dengan pendirian untuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan kerana ia bukan sebahagian daripada persetujuan bersama Pakatan Rakyat (PR).

Namun Nik Aziz tetap menaruh harapan yang begitu tinggi agar rakan karibnya Lim Kit Siang akan menerima perlaksanaan hudud ini demi kelansungan politik, demi untuk berkuasa bersama.

Jika DAP menerima hudud maka Pas boleh mencanang seluruh pelusuk dunia bahawa tarbiah yang dilakukan  terhadap pemimpin kafir DAP berjaya. Pas boleh mengutuk parti Melayu umno yang sengaja memburuk-burukkan pemimpin kafir DAP  kononnya DAP hanya berkawan dengan Pas ketika perlukan kuasa sahaja.

Lim Kit Siang dengan angkuhnya berkata, "Sememangnya DAP tidak bersetuju hukum hudud dilaksanakan sejak dahulu lagi kerana ia bertentangan dengan budaya dan bukan sebahagian daripada kerangka dasar yang dipersetujui bersama PAS dan PKR,"

“Pendirian kita sangat jelas dan mudah dan parti PR juga faham akan itu, bagaimanapun agak menyediakan ada yang tidak faham dan sengaja memperbesarkan perkara mengenai pelaksanaan hukum hudud.

"Pas sepatutnya faham dengan pendirian kami kerana itulah faktor yang menyebabkan Pas diterima masuk ke dalam Pakatan Rakyat"

Sudah berkali-kali Nik Aziz seolah-olah menyembah pemimpin kafir DAP demi untuk berkata 'ya' sahaja pada perlaksanaan hudud walaupun pada dasarnya mereka tidak menerimanya, namun DAP tetap konsisten dengan pendirian mereka berbanding Pas.

Pas terlalu mengharapkan ada pemimpin Umno tidak menyokong hudud yang bakal dibentangkan di Parlimen kerana jika ini berlaku Pas kan menggunakan isu ini sehingga PRU14.

Namun setakat ini tidak ada pemimpin Umno yang membantah perlaksanaan hudud malah mereka mahu kerajaan percepatkan perlaksanaannya bukan hanya bercakap ketika pilihanraya sahaja.

4 comments:

  1. yg sesama islam nk dipinggirkn.....yg jelas2 kafir dan menentang islam diberi pengharapan. yg jelas sokong hudud skrg ni adalah UMNO. PAS.....aku pening pale mikirkn perangai PAS ni. Masa mula PAS kerjasama dgn DAP aku dh mula heran. Ntah le....kita tngk nnti. Betul bak kata menteri besar kelantan, diparlimen nnti kite akan nmpk sape yg nk hudud dijlnkn...dan sape yg x nk.

    ReplyDelete
  2. Pas dah bagitau dulu dah. Takkan laksanakan hudud jika dap dan pr tak setuju.
    Sekarang ni depa terperangkap bila umno kata setuju.

    ReplyDelete
  3. Tok Guru ce try minta kawan sehati sejiwa dia iaitu SYAITAN LAKNATULLAH supaya lembutkan hati LKS, KS n AI utk terima Hudud....mana la tau boleh lembut hati mereka2 tu.

    ReplyDelete
  4. hai...jangan hampa semua dok buat pandai....kan dalam daaapp tu ada khalipah macam kalipah omar. kalipah tu mesti sokong hudud punya....cuma puak pis ni dok tunggu bila agaknya kalipah tu nak islam. kitab alkitab pun pis dah kata jangan kacau . tak kan pula daaaapp tu tak nak balas budi pis kut. gerenti terima punya...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.