Sunday, April 13, 2014

Panas..!! JAIS Serbu Solat Jumaat Di Hotel Budget, Batu Caves





Dah lama difatwa sesat tapi masih juga ada pengikut. Dan sekarang berani mencabar undang² dengan bersenjatakan slogan "Human's Right". Tapi mereka ketepikan Allah's Right. Siapa pejuang Hak Asasi di Malaysia? 


Bagi saya mereka juga harus dipersalahkan kerana membawa perjuangan batil ini.

Kita mesti mendahulukan Hak Allah sebelum hak manusia yang jelas menyanggah daripada ajaran Islam. Membawa masuk ke negara kita perjuangan sesat lagi batil demi kepentingan politik, akhirnya aqidah umat Islam juga yang menjadi mangsa. Human's Right bukan dari Islam.

Sebelum terlupa, bukan solat Jumaat di Hotel Budget yang dipersoalkan. Solat Jumaat dan solat Hari Raya bagi umat Islam adalah bersama pemerintah. Jadi, lokasi untuk bersolat Jumaat ini juga mesti mendapat kebenaran dari pemerintah. 


Dalam konteks Malaysia, solat Jumaat mesti di lokasi yang sdah diwartakan oleh Jabatan Agama. Jika Hotel Budget tersebut sudah mendapat kebenaran untuk mengadakan solat Jumaat maka ianya tidak mengapa. Allahu a'lam. 

Baca lagi berkaitan solat Jumaat bersama pemerintah di sini.

1 comment:

  1. Untuk sesuatu masjid itu diiktiraf bagi umat Islam mengerjakan solat jumaat, mesti terdapat genap 40 orang eatas. Dan yang 40 orang itu mesti tajwidnya betul. Tugas imam sepatutnya menyemak setiap makmum yang mesti mencapai 40 orang keatas membaca Al-Fatihah dengan betul tajwidnya. Ini adalah perkara asas yang mesti dibuat terlebih dahulu bagi memastikan solat jumaat sah. Tetapi alangkah sedihnya setahu saya perkara ini tidak diambil tahu oleh orang yang bertugas dibahagian agama. Mereka beranggapan ramai yang datang solat melebihi ratusan orang itu mesti ada sejumlah 40 lebih sedia maklum dan boleh mengaji dengan mengikut tajwid yang betul. Waulahhualam. Kebanyakan yang berlaku pelik2 ni kurang berilmu, tetapi ramai pengikut, sebab mereka sama2 tidak berilmu.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.