Friday, April 25, 2014

Pas Akan jadikan 'Peluru' Untuk Benam Umno Bila Pemuda Gerakan Hantar Memo Tak Sokong Hudud


Sudah dijangka kekecohan hudud ini merupakan satu perangkap buat parti terbesar Melayu Umno. Pas memang sengaja mempebesarkan isu perlaksanaan hudud sejak zaman Nik Aziz lagi. Mereka terlalu mengharapkan ada pemimpin umno akan bantah perlaksanaannya.

Setidak-tidaknya parti komponen BN sendiri akan melatah terhadap perlaksanaan Hudud yang belum tentu dimana akirnya.

Sebelum ini DAP, DHPP, PKR dan Anwar sendiri telah menyatakan bahawa mereka tidak akan menyokong hukum Hudud malah Anwar Ibrahim berjaya memutar belitkan jawapan apabila ditanya oleh media sehingga lain yang ditanya lain yang dijawabnya.

Tetapi hari ini harakah buat posting besar-besaran tentang Pemuda Gerakan tidak menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan.

Sekumpulan Pemuda Gerakan dikatakan menyerahkan satu notis kepada PAS, mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan meneruskan hasrat melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II (1993) melalui Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen.

Notis itu diserahkan ketuanya Tan Keng Liang bersama 12 anggotanya kepada Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Yusapiza Yaakob di Pejabat Agung PAS di sini tengah hari ini.

Pas dengan muka manis(gambar) mungkin gembira kerana pihak lawan yang juga rakan kepada umno sudah tolak hudud dan ini akan dijadikan senjata untuk mereka beraksi dalam setiap ceramah dipelusuk dunia nanti.

2 comments:

  1. sepatutnya pas berjaya mentarbiah dap. kalau berjaya, tentu parti-parti cina lain dari bn atau pr akan automatik ikut jejak dap. pas tak boleh salahkan umno kerana pas sendiri dah kata orang umno kafir, jadi jgn harap org yg dah anda kata kafir untuk mentarbiah mca dan gerakan.

    ReplyDelete
  2. Apa la pas. Gerakan tu apa lah sangat kalau diletak sebaris dengan dap dan pkr. Tak berjejas pun . Nanti bila hudud dibentangkan di dewan yang menyokongnya adalah umno,pas,pkr,dap. Mesti lulus . Jangan takut. Get ready saja. Jangan tak bentang sudah la. Jatuh air muka ostad2 dan tok2 guru pas nanti. Jangan mengalah sebelum berjuang. ...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.