Saturday, April 26, 2014

Pas Dihalau Dengan Hinanya Keluar daripada Pakatan Oleh DAP



Jika Pas bertegas mahu melaksanakan Hudud dengan hormatnya sila berambus keluar daripada pakatan, kata Anthony Loke Siew Fook

DAP meminta PAS menghormati muafakat yang telah dipersetujui secara bersama dalam Pakatan Rakyat atau berundur daripada pakatan itu sekiranya ia bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata tindakan pimpinan PAS itu yang dibuat tanpa kata sepakat Majlis Presiden atau pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat jelas telah mencabuli muafakat tersebut.

"Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berambus dari Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban menambah PAS tidak boleh terus bertindak bertentangan dengan dasar bersama muafakat itu tetapi pada masa yang sama tetap bersandar kepada Pakatan Rakyat.


Rakan dalam pakatan rakyat percaya Pas tidak boleh hidup tanpa DAP dan PKR, jika Pas keluar pakatan maka masa depan Pas juga akan gelap.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan PAS akan tetap dengan perancangannya mahu melaksanakan hudud di Kelantan kerana ia tidak berjanji dengan DAP dan PKR untuk tidak melaksanakan cita-cita perjuangan parti Islam itu.

Sebelum ini Dewan Himpunan Penyokong Pas yang dianggotai oleh kaum kafir daripada pelbagai bangsa telah menyatakan pendirian tidak menyokong hudud yang dicanangkan oleg Pas.

Walaupun kami penyokong Pas tidak semua yang Pas buat untuk umat Islam kami sokong, kata Phang Chew Pengerusi DHPP

Jelas Anthony, DAP sedar bahawa pelaksanaan hudud adalah satu daripada matlamat perjuangan politik PAS tetapi prinsip muafakat yang dipersetujui sejak selepas pilihan raya umum 2008 ialah perjuangan parti harus mendapat konsensus anggota Pakatan Rakyat.

Beliau merujuk kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai oleh pimpinan tertinggi DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya baru-baru ini berkata Pakatan Rakyat perlu memahami terlebih dahulu hudud yang hendak dilaksanakan di Kelantan sebelum ia menyokong hasrat kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

Polemik mengenai hudud kembali timbul selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan kesediaan kerajaan Persekutuan untuk menyokong mana-mana negeri yang mahu melaksanakan hudud.

Ekoran kenyataannya di Dewan Rakyat itu, kerajaan negeri Kelantan mengumumkan rancangan mahu mengemukakan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan yang tertangguh sejak 1993 dilaksanakan di negeri itu.




Suatu ketika dulu Nik Aziz pernah memuji Anthony Loke kerana membela Nik Aziz di Parlimen. Ingat ke nak sokong Pas rupa-rupanya ada udang disebalik batu...jika kafir tu kafir jugalah

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.