Wednesday, April 30, 2014

Pas Hampir Pasti Permainkan Hukum Hudud


Menarik berita di portal pembangkang Malaysiakini :

1 - Khalid Samad ( Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ) berkata :

"Usul untuk membentangkan mendapatkan sokongan Parlimen ke atas pelaksanaan hudud di Kelantan seharusnya akan lebih mudah diterima jika dikemukakan sendiri oleh kerajaan."

“Sebenarnya mereka tidak serius dan mereka tahu yang serius dan bersungguh-sungguh berhubung sistem perundangan Islam hanyalah PAS.

“Mereka minta PAS bawa usul berkenaan dengan tujuan dan harapan supaya PAS akan bergaduh dengan DAP. Pendirian DAP berhubung hudud sudah diketahui umum."

2 - Ahmad Fadhil Shaari berkata :

"Dewan Pemuda Pemuda (DPP) PAS Kelantan menganggap tiada keperluan menerima cadangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin menubuhkan jawatankuasa teknikal peringkat pusat bagi membincangkan tentang hudud sebelum dibawa ke Parlimen."
Nampak tak permainan depa? Ini baru 2 ekor.. Ada ramai lagi yg belum kedengaran komen depa.

Sebelum ini DAP memberi amaran kepada Pas, jika Pas bertegas mahu melaksanakan Hudud dengan hormatnya sila berambus keluar daripada pakatan, kata Anthony Loke Siew Fook

DAP meminta PAS menghormati muafakat yang telah dipersetujui secara bersama dalam Pakatan Rakyat atau berundur daripada pakatan itu sekiranya ia bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata tindakan pimpinan PAS itu yang dibuat tanpa kata sepakat Majlis Presiden atau pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat jelas telah mencabuli muafakat tersebut.

Mungkin terkejut dengan amaearn keras daripada DAP ini mereka semua kecut perut dan Akhir sekali mesti depa kata : " UMNO TOLAK HUDUD "...selesai masalah hudud.







2 comments:

  1. X apa. Penyokong tegas mereka akan ,telan apa saja yg dikeluarkan oelh pemimpin mereka. Bertuahnya badan pemimpin pas dan pakatan

    ReplyDelete
  2. Dalam hal ini jelas Pas tidak sanggup menentang segala amaran dan katadua dari rakan kongsi dalam PR.
    Jangan salahkan kerajaan kerana hudud ini dirangka olih Pas sendiri dan UMNO hanya menyokong usul membentangnya di Parlimen. Kalau Pas masih tunduk kepada penentangnya menunjukkan Pas tidak serious . Apakah laungan Pas untuk melaksanakan hudut selama berpuluh tahun itu sebenarnya hanya gendang kosong menipu pengikutnya ?
    Tidakkah Pas rasa terkilan dengan meranapkan harapan rakyat untuk melihat hukum islam itu berjaya dimertabatkan? Tidakkah Pas rasa bersalah memperkecilkan perjuangan pengikutnya yang berjuang bermatian termasuk sumbangan derma tidak terhingga banyaknya demi untuk memertabatkan hukum hudud di Negara ini?
    Andai Pas masih bersandiwara lagi maka eloklah Pas hentikan laungan perjuangan islam yang dicanangkan selama ini. Nampaknya matalamat Pas dan Dap berjuang dengan satu tujuan sahaja iaitu untuk mendapatkan kuasa memerintah. Islam itu alat mencapai hajat.
    Kepada ahli2 pembangkang semua usahlah kalian menghina UMNO lagi. UMNO bercita2 besar untuk mengambil langkah memperkasakan ekonomi penduduk islam terlebih dulu. Kemudian membawa umat islam menguasai teknologi terkini hingga kita berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Saat itulah kita kuat dan digeruni. Bila Negara sudah kaya maka dengan senang sahaja hukum hudud dapat dilaksanakan dengan mudah dan diterima umum.
    Marilah kita memperkasakan semula UMNO. andai umat islam bersatu dibawah UMNO maka yakinlah UMNO mampu membawa rakyat islam mencapai matalamatnya pada tahun 2020.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.