Sunday, April 20, 2014

PBB minta Brunei tangguh hukuman rejam terhadap pengamal seks songsang


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangannya terhadap pelaksanaan pindaan undang-undang jenayah negara Brunei Darussalam yang akan dikuatkuasakan 22 April ini.

Ia termasuk hukuman rejam sampai mati terhadap penjenayah bersifat seksual termasuk mereka yang melakukan hubungan sejenis dan liwat.

Menurut jurucakap bagi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) Rupert Colville, penggunaan hukuman mati bagi pelbagai kesalahan adalah satu tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa.

“Kami menggesa kerajaan Brunei untuk menangguhkan tarikh kuatkuasa kod jenayah tersebut dan mengendalikan satu kajian yang komprehensif bagi memastikan ianya bertepatan dengan piawaian antarabangsa berkaitan hak asasi manusia” katanya dalam satu sidang akhbar di Geneva.

Antara lain, hukuman rejam sampai mati akan dilaksanakan untuk jenayah rogol, zina, sodomi, dan hubungan seks luar nikah untuk umat Islam.

“Di bawah undang-undang antarabangsa, rejam sampai mati merupakan seksaan atau kezaliman yang tidak berperikemanusiaan adalah jelas dilarang” kata Colville.

Beberapa kajian yang dijalankan PBB menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung dijatuhi hukuman rejam kerana diskriminasi yang bersifat stereotaip terhadap mereka, termasuk dikalangan penguatkuasa undang-undang dan pegawai - pegawai kehakiman.

“Kanun keseksaan ke atas kod jenayah tersebut, akan meningkatkan kadar jenayah dan diskriminasi terhadap wanita dan orang lain berdasarkan orientasi seksual mereka” tegas Colville.

Brunei turut menetapkan hukuman mati untuk pelbagai kesalahan termasuk merompak, menghina atau memfitnah Nabi Muhammad SAW, menghina Al-Quran dan Hadis, kufur, mengisytihar diri seorang nabi atau keluar agama Islam serta membunuh.

8 comments:

  1. Kalau berangan dan menyamakan diri dengan tuhan macam Benz Ali tu apa hukumannya di Brunei?

    ReplyDelete
  2. Hukum Allah mengatasi hukum dari fikiran manusia, lebih lagi kalau ianya datang dari orang kafir harbi.

    ReplyDelete
  3. PBB menyibuk apa? Hak asasi manusia konon... isu Palestin-Israel pun tak boleh settle sampai la ni.

    ReplyDelete
  4. Kena tanya orang yang kena rogol dan sodomi tu. Apa perasaan mereka apabila pelaku hanya dihukum penjara beberapa tahun tapi mangsa menanggongnya seumur hidup.

    ReplyDelete

  5. Mana PBB (UN) bila rejim PENGGANAS Barat-ZIONIS/Israel boleh melanggar undang-undg antarabangsa sesuka hati (undg-undg ini pun direka Barat-ZIONIS) di bawah falsfah si KAPIR Bart-ZIONIS “demokrasi dan hak asasi”?!

    Lihat sajalah pembunuhan beramai(GENOCIDE) ke atas umat Islam ini yg. makin MENINGKAT, samada melalui PENJAJAHAN terus, penggunaan Drone/bom kimia, atau menggunakan pengganas al-Qaeda atau mana-mana “pengganas Islam” yg. sebenarnya dicipta Barat-ZIONIS sendiri - untuk tujuan MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas Dunia Islam/Dunia Ketiga, yg. kaya minyak-gas-mineral, yg. bermula dr. Palestin, hingga ke Afghanistan, Iraq, Libya (si GAYZIONIS Obama yg. MENYAMAQ sbg. Islam dgn. namanya, utk. memperbodohkan Dunia Islam, bersorak apabila Allahyarham Pres. Ghaddafi disula oleh ejen Mossad!), Syria, Mali, Somalia, Yemen, Pakistan, Mali, Nigeria, Republik Africa Tengah dsbnya (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013; dan http://www.presstv.ir/detail/2013/09/15/324167/excia-agent-911-lies-big-and-tragic/, Ex-CIA agent: 9/11 lies bigger than already known, Sep 15, 2013; http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=55408, 9/11 and Zion: What Was Israel’s Role?, By Nick Kollerstrom on August 31, 2012; dan http://www.spingola.com/diego_garcia1.htm, Diego Garcia Swept Clean & Sanitized, By Deanna Spingola, October 10, 2007).

    Maka, UN (yg. dikuasai si KAPIR Barat-ZIONIS dan diketuai si pro-Barat-ZIONIS ki moonBANGSAT) tu boleh BERAMBUS! Sepatutnya OIC diPERKUATkan termasuk dalam kerjasama undang-undang Syariah, ekonomi, pendidikan dan KETENTERAAN (termasuk tentera pengaman OIC – jgn. lagi bergantung pd. tentera pengaman PBB).

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  6. JIJIKnya gambaq ni! Dah jadi pengikut SYAITAN betul!

    Makcik Sambal Belacan

    ReplyDelete
  7. Dan SYUKUR ALHAMDULILLAH di atas keberanian sebagai pejuang Islam TULEN; YAB DYMM Sultan Brunei! Umat Islam Brunei sungguh BERTUAH - semoga Brunei terus diberkati ALLAH SWT!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.