Tuesday, April 8, 2014

Peguam Pas Bantah Lima Pertuduhan Terhadap Mejar Zaidi


Mahkamah Tentera di sini, hari ini memutuskan lima pertuduhan terhadap pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung isu dakwat kekal akan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Sidang.

Enam panel diketuai Yang Dipertua, Kolonel Saadoon Hassan, membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal peguam Mohd Hanipah Maidin, bahawa kelima-lima pertuduhan berkenaan mempunyai kecacatan.

Bagaimanapun, dua tuduhan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur politik ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dikekalkan.

Panel itu turut disertai Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib, Mejar S Nadzeer Sallehuddin dan Mejar Noor Azman Ahmad.

Mahkamah menetapkan tiga hari bermula 10 Jun ini untuk perbicaraan kes.


Zaidi didakwa mengeluarkan kenyataan media mengenai dakwat kekal tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan dan gagal menggunakan saluran tentera yang seharusnya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati apabila membuat laporan polis dan bercakap dengan media.

Sebagai seorang tentera beliau tidak seharusnya mencampuri urusan politik yang dimainkan oleh pihak luar yang belum tentu betul.

Zaidi juga didakwa menghantar dua SMS bersifat politik atau hasutan semasa bertugas di pangkalan udara Butterworth pada 1 Mei, 2013.

Beliau turut didakwa membuat kenyataan media menyatakan kekecewaan berhubung dakwat kekal, yang sepatutnya disiasat melalui saluran ketenteraan, dan kebocoran dakwat kekal kepada media tanpa mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pada 3 Mei tahun lepas.

Menurut maklumat Zaidi merupakan salah seorang daripada penyokong kuat parti pembangkang didalam kementerian pertahanan yang masih aktif berpolitik semasa tugas.

Mereka akan menyalurkan segala maklumat mengenai keadaan kementerian pertahanan kepada pembangkang sebagai senjata bagi pembangkang menyerang kerajaan.

Sementara itu Pas jamin akan membela Zaidi hingga ke titisan darah terakhir kerana Zaidi dan rakan-rakannya banyak membantu Pas dalam menyalurkan maklumat.

8 comments:

  1. Direhatkan awal supaya boleh balik kampong dan ceburi politik sepenuh masa. Sekarang ni pun, buat apa makan gaji haram.

    ReplyDelete
  2. anti-LGBT , PR dan Ad-DajjalApril 8, 2014 at 1:20 PM

    Tu lah aku dah banyak kali habaq....dalam gomen tu banyak pembangkang. Jadi bila gomen gagal berfungsi, depa salahkan UMNO dan BN walhal depa tu yang banya menyebebkan polisi pemerintah gagal dilaksanakan. Depa ni semua pengkhianat kepada bangsa dan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekangan menentang kerajaan oleh kakitsngannya sukar dibendung oleh ketua jabatan kerana terdapat ketua-ketua ini pun terang-terang meremehkan arahan kerajaan.

      Delete
  3. dah menang 53% undi popular......... ada kebaikankah gunakan dakwat kekal ni. 40000 bangla lagi. ni la antara fanatik anuwar: http://www.catholic.org/news/international/asia/story.php?id=54846

    ReplyDelete
  4. Nampak sangat,mereka akan pertahan habis2an demi politk sempit yg ditafsirkan mengikut 'fahaman Agama' ...

    ReplyDelete
  5. Berapa agaknya dibayaq ejen si KAPIRBABI Barat-ZIONIS sampai sanggup MENGKHIANATI agama, bangsa, dan negara - PI MAMPUS dr. Tanah Melayu ni! Baik si BANGSAT ni masuk saja askar KAPIRDAJAL US/IsraHELL!

    Harapnya Kem- Pertahanan akan BERTEGAS dgn-PENGKHIANAT ni - pedulikan ung-undg liberal "demokrasi-hak asasi" KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation)

    ReplyDelete
  6. Kebanyakannya mereka tidak dibayar pun kerana telah dijanjikan oleh individu tertentu tentang mudahnya MASUK SYURGA.

    ReplyDelete
  7. hal ini berlaku kerana terpengaruh dengan hasutan melayu2 derhaka tu aja. gaji tentera dah besar . tu pun masih tak mau sokong kerajaan. tengok gaji tentera negara2 Asian lain tolak singapore dan brunai Negara ciput tu. depa ada pencen dan kemudahan2 setara dengan tentera Malaysia? kalau ppdpig memerintah baru hampa tau langit tinggi ke rendah.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.