Wednesday, April 9, 2014

Pemain Impot Tipu 'Perak', Siapa Yang Jadi Tukang Bagi Cadangan Ambik Mangkok ni?



Tidak pernah ada perkataan ‘setiap pasukan wajib mengambil pemain import’ sebaliknya ia hanyalah satu kebenaran yang diberikan FAM, tetapi atas dasar tidak mahu kalah serta menjaga standard, FA negeri Perak berebut-rebut mahu menggunakan khidmat pemain import walaupun pada masa sama, mereka sendiri sedar bahawa mereka akan berdepan dengan pemain yang belum tentu baik daripada pemain tempatan.

Akibatnya, beberapa FA negeri Perak hanya mengambil sikap ‘tangkap muat’ dengan membeli pemain import yang tidak berkualiti sedangkan wang yang terpaksa dikeluarkan untuk mendapatkan golongan itu bukanlah sedikit.

Malah yang lebih membimbangkan lagi apabila ada FA negeri mengambil pemain impot yang boleh dianggap 'kuda tua' yang hanya mampu memanaskan kerusi simpanan sahaja.

Bukan sekali dua ada FA negeri Perak tersilap membeli pemain import ketika hanya berdasarkan rakaman video yang diserahkan ejen pemain terbabit, tetapi pada hakikatnya, pemain yang didakwa ‘sangat hebat’ itu sebenarnya tidak lebih daripada ‘kuda sakit’ yang lebih banyak memanaskan bangku simpanan berbanding mengatur aksi serta merencana pergerakan di tengah padang. Jika dinegara mereka sudah dianggap pemain pencen.

Begitulah yang berlaku di Ipoh dimana peminat dan kelab penyokong skuad Seladang mengamuk apabila skuad Perak bermain sambil lewa dan tidak menurunkan pemain impot mereka Imad Ghaddar.

Menurut maklumat tindakan pemain import baharu Perak, Imad Ghaddar yang enggan beraksi ketika menentang Selangor sabtu lalu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak termasuk peminat sukan bolesepak.

Imad Ghaddar berbuat demikian selepas dia mengadu sakit belakang dan mendakwa tidak boleh beraksi. Sebaliknya selepas pemeriksaan dibuat pemain dari Lubnan itu disahkan sihat dan boleh diturunkan.

Imad Ghaddar telah 'menipu' FA Perak dan siapa yang perlu bertanggungjawab dengan kejadian ini?

Siapa yang menjadi agen dan membuat proposal untuk membeli Imad Ghaddar juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

Bukan sedikit wang telah dibelanjakan jika ini pencapaian oleh FA Perak kepercayaan peminat bolasepak terhadap FA negeri semakin pudar.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.