Thursday, April 3, 2014

Pembangkang Sebar Khabar Angin Harga RON95 Naik 30 Sen


Malam tadi penuh dalam wall facebook penyokong pembangkang menyebarkan kononnya harga bahanapi Ron95 akan naik sebanyak 30 sen. Mereka memetik ucapan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib 

Datuk Seri Najib Tun Razak announces in a press conference today, there is significant increase of price of RON 95 petrol by RM 0.30/ liter to RM 2.40/ liter, effective from 12 midnight 2 April 2014.

Full statement refer to Bernama's website bit.ly/1pCQO0n

Bagaimanapun apabila link itu dibuka maka yang keluar hanyalah logo April fools' day


Samada April fools' atau tidak kerajaan tetap tidak akan menurunkan subsidi harga petrol RON95 sebanyak 30 sen yang boleh menyebabkan harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.40 seliter.

"Tiada pengurangan subsidi 30 sen RON95 dan minyak naik kononnya tengah malam tadi," kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menerusi tulisan di akaun Twitter miliknya pada Rabu.

"Saya ingin nafi khabar angin itu. RON95 masih ada 73 sen subsidi," katanya yang menjelaskan bahawa harga minyak petrol RON95 masih kekal RM2.10.




Kenyataan Ahmad Maslan di Twitter yang menafikan khabar angin kononnya harga minyak petrol RON95 naik 30 sen mulai tengah malam Rabu.

Khabar angin mengenai kenaikan harga minyak itu mencetuskan kekecohan orang awam, terutama di kalangan pengguna Internet di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Ini berikutan satu kenyataan yang tersebar kononnya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tersebar mengenai kenaikan petrol RON95 sebanyak 30 sen bermula tengah malam Rabu.

Ramai yang turut keliru mengenai kebenaran khabar angin itu yang dilihat sekadar bahan gurauan sempena Hari 'April Fool' pada 1 April (Selasa).

Kali terakhir kerajaan menaikkan harga petrol RON95 adalah sebanyak 20 sen seliter pada 3 September tahun lalu.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.