Thursday, April 10, 2014

Penculik Minta RM36.4juta Sebagai Wang Tebusan Lepaskan Warga China


Kumpulan penculik dua wanita di Resort Singamata, Semporna Sabah meminta wang tebusan sebanyak RM36.4 juta bagi membebaskan wanita China yang juga seorang pelajar, Gao Hua Yuan, 29.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya menerima nota daripada kumpulan penculik tersebut dan telah menghantar pasukan untuk berunding dengan orang tengah berhubung perkara berkenaan.

Katanya, wang tebusan itu hanya melibatkan Hua Yuan tetapi tiada tuntutan terhadap seorang lagi mangsa yang merupakan pekerja wanita resort itu berasal dari Filipina, Marcy Dayawan atau Mimi, 40.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.