Thursday, April 3, 2014

Penculikan Di Resort Semporna Dilakukan Oleh 'Orang Dalam' kata Polis




Polis Sabah hari ini mengesyaki ada pembabitan 'orang dalam' dalam insiden penculikan dua wanita di sebuah pulau peranginan dinegeri ini malam tadi.

Ketua Polis Negeri Datuk Hamza Taib berkata jika orang luar mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang Singamata Reef Resort ini tetapi penculik itu begitu mudah mengakses tapak resort tersebut tanpa sebarang masalah.

Polis percaya penculikan ini telah dilakukan dengan bantuan oleh 'orang dalam' sendiri, individu itu tahu laluan masuk ke kawasan peranginan ini tanpa sebarang masalah, katanya

Untuk rekod mana-mana pelancong yang mahu ke resort ini perlu mendaftar dan dibawa sendiri oleh kakitangan Singamata Reef Resort. Perjalanan daripada Semporna ke Resort ini memakan masa selama 30 minit.

Pihak polis juga hairan bagaimana mangsa culik warga China, Gao Hua Yuan, 29, dipercayai datang bersendirian ke Semporna untuk mengambil lesen menyelam. 

Difahamkan, mangsa yang juga pelajar sebuah universiti di Shanghai itu mendaftar masuk untuk menginap di Singamata Reef Resort semalam dan dijadualkan keluar Sabtu ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata ketika kejadian mangsa sedang melihat telefon bimbitnya di hujung resort itu sebelum dilarikan kumpulan penculik.

"Kumpulan penculik sebelum itu melarikan pekerja wanita warga Filipina dari sebuah bilik di resort itu. Namun, kebetulan pelajar China itu berada di laluan mereka di hujung resort menyebabkan dia turut dilarikan," katanya.



Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengutuk kejadian penculikan di Semporna malam tadi yang menurutnya mungkin didalangi pihak tertentu yang cuba mengeruhkan hubungan Malaysia dan China.

“Kerajaan tidak tolak kemungkinan kes penculikan di Semporna perbuatan pihak tertentu untuk keruhkan hubungan Malaysia-China – katanya


Ketika kerajaan Malaysia menghadapi kritikan meluas dari selebriti dan warga China yang menyatakan kemarahan ke atas tindakan Malaysia menangani kes kehilangan pesawat MH370 ada pihak cuba menangguk diair keruh.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.