Friday, April 18, 2014

Pendatang Haram Sempat Hilangkan Diri Sebelum Serbuan,'Orang Dalam' Bocorkan Maklumat


Pemilik pusat hiburan, rumah urut dan spa mempunyai rangkaian luas untuk mendapatkan maklumat awal mengenai operasi bersepadu memburu pendatang haram (Pati) Fasa 3 bagi mengelak warga asing terbabit ditahan pihak penguatkuasa.

Mereka mempunyai akses untuk mendapat maklumat tentang jadual sebuan yang bakal diadakan oleh pihak Imigresen, polis dan Rela. Ada kemungkinan 'orang dalam' yang memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat kepada tonto terlebih dahulu sebelum serbuan dilaksanakan.

Banyak serbuan yang dibuat menghadapi kegagalan kerana premis yang menempatkan pendatang haram telah dikosongkan sebelum pihak berkuasa tiba.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata situasi itu menyebabkan pendatang haram yang bekerja di premis berkenaan dapat melarikan diri sebebelum operasi bermula, sekali gus operasi itu sukar dijalankan.

Beliau bagaimanapun berkata, pemilik premis bukan menerima maklumat berkenaan daripada pegawai jabatan atau agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

"Mereka (pemilik premis) mempunyai rangkaian, bukan soal kebocoran dalam kalangan pegawai, tetapi saya fikir mereka ini telah tercium bau operasi yang dijalankan. (Operasi) tahap (fasa) tiga ini sukar kerana melibatkan pusat-pusat hiburan, rumah urut, bukan mudah," katanya selepas menyertai operasi itu sekitar Ipoh di sini, malam Khamis.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata Jabatan Imigresen khususnya di bahagian penguatkuasaan tidak berputus asa, malah akan terus menjalankan operasi itu.

"Saya tetap memberi semangat kepada pegawai-pegawai saya dan lain-lain agensi yang turut sama menjalankan operasi kerana ia (operasi) bukan untuk menzalimi atau menganiaya mana-mana pihak, tetapi kita tidak mahu mereka menggunakan pas lawatan sosial dengan melakukan kerja yang bertentangan dengan undang-undang negara ini," katanya.

3 comments:

  1. Aku syak makin ramai dr. JPA, dah direkrut oleh si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRPELIWA (dan penaja mereka Barat-ZIONIS)! Aku syaki, mereka akan pastikan ramai PATI ni Bukan Islam, utk, MERAMAIkan lagi puak KAPIR kat Tanah Melayu ni, termasuk menggoda Bumiputera miskin di pendalaman dgn. wang, termasuk Orang Asli dan di Sabah-S'wak, supaya dpt. seramai anak, yg. akan dapat kerakyatan kita!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  2. PEMBETULAN:

    Aku syak makin ramai siKAPIRDAJAL dr. JPA, dah direkrut oleh si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRPELIWAT (dan penaja mereka Barat-ZIONIS)! Aku syaki, mereka akan pastikan ramai PATI ni Bukan Islam, utk, MERAMAIkan lagi puak KAPIR kat Tanah Melayu ni, termasuk menggoda Bumiputera miskin di pendalaman dgn. wang, termasuk Orang Asli dan di Sabah-S'wak, supaya dpt. seramai anak, yg. akan dapat kerakyatan kita!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  3. Kekadang aku tengok mereka buat kerja bodoh. Pati di dalam premis diangkap...esok tangkap lagi...APa pasal tak seal Premis tersebut?.....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.