Tuesday, April 8, 2014

Penduduk Kg Ara Payung Berhimpun Bantah Pelantikan Ketua Kampung Yang Tidak 'Mesra Alam'






Penduduk Kampung Ara Payung Batu Gajah, Perak berhimpun dan membantah diatas pelantikan ketua Kampung yang baru kerana dikatakan tidak 'mesra alam'.  

Menurut penduduk kampung tersebut mereka mahukan ketua kampung yang lama kerana khidmatnya kepada masyarakat kampung amat baik. Selain itu beliau juga amat prihatin terhadap masalah penduduk dan berkhidmat tidak kira masa.

"Ketua kampung lama berkhidmat dengan penuh cemerlang tanpa ada masalah kenapa pucuk pimpinan harus menukarkannya", kata wakil penduduk.

Seorang lagi penduduk memberitahu bahawa "ketua kampung yang baru bukan pilihan orang kampung, ianya dipilih oleh Ketua Umno Bahagian Gopeng yang sengaja mahu menukarkannya untuk mengukuhkan kuasanya di Kampung Ara Payung", katanya

"Bagaimana Ketua Kampung yang baru dipilih untuk berkhidmat sekiranya lebih 70% orang kampung itu sendiri tidak menyukainya?, kata encik Samad

2 comments:

  1. orang umno oh orang umno ....

    ReplyDelete
  2. ketua kg yg baru sombong bodoh

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.