Saturday, April 5, 2014

Pengalaman Ngeri Zarul Umbrella Menaiki Penerbangan MAS Tiba-Tiba Enjinnya Terhenti


Kerap juga saya ditugaskan ke Beijing menggunakan laluan yang sama dilalui oleh pesawat yang hilang MH370 itu, tapi tidak pernah berdepan situasi cemas. 

Sepanjang 14 tahun sebagai pramugara, hanya sekali saya mengalami keadaan amat menakutkan apabila enjin kapal terbang tiba-tiba tidak berfungsi,” katanya.

Alhamdulillah beberapa minit kemudian enjin mula berfungsi seperti biasa seolah-oleh tiada ada apa-apa yang berlaku.

Pada hari kehilangan yang masih misteri MH370 kebetulan saya bercuti pada hari tersebut jika tidak mungkin saya antara anak kapal yang ditugaskan ke Beijing bersama pesawat MH370,” kata vokalis kumpulan Umbrella, Zairulkefli Husin yang juga pramugara.

Penyanyi era 1990-an yang lebih dikenali sebagai Zarul itu berkata, dia memang sengaja memohon cuti untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Semua anak kapal berkenaan adalah rakan saya. Dua minggu lalu, saya ditugaskan dengan seorang daripada mereka ke London. Kami sempat ke gimnasium dan bersarapan. Saya terkejut dan sedih mendengar berita itu.

Zarul berkata demikian ketika mengulas laporan berhubung kapal terbang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dipercayai hilang di udara Vietnam ketika dalam perjalanan ke Beijing yang memasuki hampir sebulan.

Katanya, selagi laporan rasmi belum dikeluarkan dia akan terus berdoa dan berharap tiada perkara buruk menimpa mereka.

Menurutnya, dia tidak dapat membayangkan tindakan rakannya menenangkan penumpang yang panik dalam pesawat tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.